AIDCNews – 5/2/14 – Pusat Kesedaran Politik Malaysia (CPAM) berkata tujuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk akses tabung duit Kerajaan Negeri Selangor.
“Ketika belanjawan yang ketat, Anwar sekali lagi telah meletakkan kepentingan peribadinya di atas segala-galanya.
“Bermain dengan kuasa politik boleh menyebabkan kos pembayar cukai lebih RM4 juta ” kata Presiden CPAM Huan Cheng Guan kepada FMT hari ini.
Huan berkata Anwar kelihatan mensasarkan jawatan Menteri Besar untuk membolehkan beliau menubuhkan ‘tabung kewangan’ miliknya bagi membiayai kempennya pada pilihan raya umum akan datang.
“Jadi dia sibuk ‘menikam’ kawan-kawannya, sekutu-sekutunya dan tabung awam untuk mendapatkan hadiah yang dia telah didambakan seluruh hidupnya, kunci ke Putrajaya.”
Beliau berkata Anwar tidak mempedulikan kritikan sekutunya, bekas Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga yang mengutuk langkah Anwar bertanding di Kajang sebagai ‘tidak menggembirakan rakyat’ kerana ‘wang perlu dibelanjakan.’
Malah tegas Huan pemimpin PAS Selangor sendiri telah membayangkan bahawa parti itu tidak akan menyokong Anwar dalam sebarang tawaran untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Huan berkata PKR tidak jujur memaksa satu pilihanraya Kecil yang mahal tetapi mengkritik penarikan balik subsidi kerajaan dan menyalahkan Barisan Nasional berkaitan kos sara hidup yang meningkat .
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seperti Anwar, meletakkan kepentingan negara di atas berbanding dengan kepentingan peribadi.
Malah katanya, Najib telah melaksanakan langkah-langkah tidak popular untuk memastikan pemulihan ekonomi negara.
“Walaupun Perdana Menteri meletakkan negara dan rakyat didahulukan, namun Anwar hanya mengutamakan cita-cita mementingkan diri sendiri ,” kata beliau.
Sebelum ini, AIDCNews, 3 Feb mendedahkan motif utama Anwar di DUN Kajang untuk membolehkan beliau menggunakan dana kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri (PM).
Memetik sumber dari @salamreform’(Aktivis Reformasi), laman ini mendedahkan keberadaan Anwar di DUN kajang adalah sebahagian daripada ‘Projek Istanbul.’
‘Projek Istanbul’ adalah satu strategi yang ditiru daripada Recep Tayyip Erdoğan yang bertanding di peringkat negeri Istanbul terlebih dahulu (1994), menggunakan dana 4 billion dollar untuk mencapai populariti memenangi Perdana Menteri Turki pada tahun 2003.
No comments:
Post a Comment