Wednesday 26 March 2014

#PRKKajang: Bila Menang Senyap Tidak Berkutik, Tetapi Bila Kalah Bising Satu Dunia

Oleh Wan Hafiz Hamzah


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang memihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah jelas  membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini benar-benar telus, tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik yang bertanding, demikian jelas bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim.
Menurut beliau, jelas terbukti bahawa tuduhan dan tohmahan pembangkang selama ini terhadap SPR tidak benar sama sekali dan ia hanyalah satu provokasi pembangkang untuk memburukkan imej badan tersebut di mata rakyat.
“Bila PKR menang dalam PRK DUN Kajang, senyap sunyi tidak ada sebarang tuduhan pun yang keluar dari mulut kepimpinan PKR yang SPR tak adillah, ada pengundi hantulah dan sebagainya. Tetapi kalau mereka kalah, macam-macam tuduhan dan tohmahan yang mereka katakan pada SPR.
“Inilah sikap pembangkang. Mereka ini sebenarnya yang berat sebelah. Merasakan dirinya mereka lebih baik dari orang lain. Kalau menang, itu adil bagi mereka, tetapi kalau mereka kalah, itu tidak adil. Kemudian, buat provokasi  hasut rakyat kononnya SPR tidak adil dan berat sebelah kepada mereka. Tetapi bila menang, mereka senyap sunyi langsung tak berbunyi, malah sepatah pujian terhadap SPR pun tidak ada,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, jelas bahawa pembangkang meletakkan kayu ukur dalam  hal ini dengan cara yang berbeza dan sekiranya keputusan pilihan raya itu berpihak kepada mereka, maka ianya dianggap sebagai telus serta adil dan sekiranya mereka kalah, mereka akan tuduh SPR bersekongkol dengan BN untuk mengalahkan mereka.
“Mentaliti pembangkang bagi saya masih ditakuk lama dan tidak terbuka. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa dalam perjuangan ini, ada kalah dan ada menang. Jika menang, mereka bergembira tetapi jika kalah, mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya menyalahkan pihak lain kononnya menjadi punca kekalahan mereka.
“Sikap dan pemikiran seperti ini amat merbahaya dalam kepimpinan sesebuah negara. Jika ditakdirkan pembangkang memerintah negara, maka corak pemerintahan mereka mungkin akan menjurus kepada pentadbiran kuku besi di mana siapa saja mengkritik mereka dianggap musuh dan tidak betul belaka,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru rakyat agar menilai sikap dan mentaliti kepimpinan pembangkang yang masih berada di takuk lama yang tidak dapat menerima sebarang keputusan yang tidak memihak kepada mereka.
“Contohnya seperti kes liwat Anwar. Bila mahkamah melepaskan beliau, maka bagi Anwar itulah keadilan. Keadilan bagi puak pembangkang ini adalah apa yang memihak kepada mereka. Kezaliman pula adalah apa juga perkara yang tidak memihak dan memberikan keuntungan politik pada mereka.
“Inilah satu contoh pemikiran yang bias dan sudah ketinggalan zaman. Mereka berfikir dengan cara yang salah, sentiasa bersikap syak wasangka buruk terhada orang lain dan merupakan golongan yang tidak dapat menerima apa jua perkara yang tidak memihak kepada mereka, walaupun perkara itu benar.
“Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin yang mempunyai pemikiran jumud dan tidak terbuka seperti ini, yang hanya tahu menyalahkan orang lain dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri, tidaklah layak untuk memimpin sebuah negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia,” jelasnya. 

Sumber-MediaUMNO

Tuesday 25 March 2014

#TakziahMH370: Antara Penantian dan Harapan



Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.


Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.



Kenyataan Rasmi Perdana Menteri :
Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.
Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370.
Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.
Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Thursday 20 March 2014

#PRKKajang: Siapa yang zalim??

PRK Kajang! Adakah benar dakwaan Anwar dia dizalimi oleh Najib & BN kononnya menggunakan Mahkamah utk menghukum dia 5 tahun penjara? 

Layari laman www.zul4kulim.blogspot.com untuk menilai 9 bukti jelas sebenarnya Anwar menzalimi dirinya sendiri:
1. Melantik Karpal sbg lawyer sedangkan Karpal yang mendedahkan dia peliwat!
2. Gagal memberi keterangan dlm Mahk!
3. Gagal membawa 3 saksi alibi!
4. Menyebabkan kes ditangguhkan lebih 60 kali!
5. Cuba melarikan diri ke Turki!
6. Enggan memberikan darah utk ujian DNA!
7. Bar Council menyatakan ini kes liwat suka sama suka!
8. Masih bebas walaupun telah dihukum penjara!
9. Enggan mengangkat sumpah laknat spt Saiful!


Ikuti huraian penuh berdasarkan fakta dan bukti bertajuk 'Anwar Mangsa Kezaliman' di laman www.zul4kulim.blogspot.com 

Sunday 16 March 2014

Dia Penyokong TAKSUB Ketua Pembangkang #MH370

Portal berita Amerika Syarikat, Mail Online, mendedahkan berita, juruterbang pesawat MAS MH370 kini hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, penyokong fanatik politik.

 

Mail Online juga melabelkan kapten berpengalaman dalam dunia penerbangan itu sebagai penyokong taksub Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat bakal mendepani hukuman penjara 5 tahun seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya. Mail Online turut memaparkan berita, Zaharie menghadiri sesi perbicaraan Anwar dan berkebarangkalin dia berasa AMAT KECEWA berikutan hukuman terhadap Anwar. 

Namun mengapa pesawat MH370 yang menjadi mangsa keadaan? Ternyata manusia memang mempunyai kecenderungan menyukai sesuatu, bersepakat dalam merealisasikan idea, meyakini kebenaran dan akhirnya terdorong membela bermati-matian terhadap apa yang ia yakini benar atau membela sesuatu yang disukainya. Walaubagaimanapun, muncul pula kecenderungan untuk menutup diri terhadap pandangan ‘kebenaran’ dari pihak lain entah itu ada di sebelah kanan atau kirinya, di muka atau di belakangnya. Fanatisme Semacam dengan pantas menimbulkan pelbagai andaian. 


Jelas sekali, usaha mencari MH370 kini memasuki fasa baharu. Sepanjang lapan hari lepas, seluruh dunia mengikuti setiap petunjuk dan mengkaji pelbagai kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kami lebih dekat kepada menemui pesawat #MH370.

Wednesday 12 March 2014

Suara hati Tun Dr Mahathir #PrayForMH370 #PRKKajang #JDT



SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.




Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 9 March 2014

Tidak berperasaankah mereka? #PrayForMH370


Melihat komen-komen yang dilontarkan oleh puak-puak yang terlebih pandai, terasa amat sedih. Mengapa tergamak mengeluarkan kenyataan sebegini rupa? Tidak berperasaankah mereka??




 
  



Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pencacai Pakatan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

‪#‎Penumpang_pelbagai_negara‬ Kita perlu ingat bhw dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil2 Kedutaan / Konsulat masig-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

‪#‎Hubungan_Diplomatik‬ MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

‪#‎Misi_Melibatkan_5_negara‬ Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

‪#‎Tidak_Semudah_Yang_Dijangka‬ Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula. 

‪#‎MAS_tetap_dihatiku‬ Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku. 

Kata kunci : Hubungan Bilateral, Diplomasi, Misi Menyelamat
Nah load this up in your fb's.
Share dr group lain

Renungkan sejenak jika ada di antara ahli keluarga kita yang berada di dalam pesawat tersebut. Kecelakaan yang berlaku bukan dipinta, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT.  Hanya padaMU kami berserah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Sama-sama kita berdoa agar misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370 berjaya ditemui. In sha Allah...Aamiin..

Tuesday 4 March 2014

MAKLUMAT I-BR1M & BORANG TUNTUTAN I-BR1M

MAKLUMAT I-BR1M & BORANG TUNTUTAN I-BR1M





Angkara Siapa?? #Islam terus dihina.







Masjid Limbongan dikhianati pagi tadi...
Amat serius perlakuan bila campak Al Quran ke dalam tandas dan seluruh masjid diselerakkan Al Quran
MasyaAllahhhh ada manusia begini

Kejadian berlaku pukul 1 pagi tadi. Amat terkejut dgn kejadian begini.. Penuh masjid darah kaki si dujana bila nate tu tendang cermin utk masuk ke dlm masjid
Astaghfirullahhhh..

Menangis Tok Imam tengok kejadian ini..
Laporan dari YB  kawasan Besut bawah DUN Kota Putera Terengganu