Monday 19 November 2012

Aspirasi Bangsa: Siapa PAS nak hukum keIslaman orang lain!!

Aspirasi Bangsa: Siapa PAS nak hukum keIslaman orang lain!!: Ini akibatnya bila sampai mati pun tapi mahu pegang jawatan lagi.. Bukan setakat tu PAS pula menyamakan diri mereka sebagai nabi.. mana...

Tuesday 13 November 2012

Kebebasan beragama mazhab Nurul Izzah

Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan MalaysiaBerita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satu langkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif di hadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kita lihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatan dengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini hanya menjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupun jelas Utusan Malaysia tidak bersalah kerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzah terus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkak berkata “Ya saya harap Jais panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut.” (Seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilah yang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktik menyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudah menjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi slogan Pakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog, bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengar betapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang memenuhi forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lepas, seolah-olah mereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agama mereka sendiri.

Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalah kenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sedangkan portal Malaysiakini adalah media pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkan amalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telah disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today dan laman web 1Christians. Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman MalaysiakiniFree Malaysia Today daniChristians juga? Sikap jumud sebegini jelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itu kepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memang benar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu.

Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzah seolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita ini menjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap sudut termasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa oleh ahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsi dan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat atau kata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti video atau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.
Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yang mempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idola mereka ini.

Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politik merbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yang dibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat membawa negara ini ke arah kemakmuran.

Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalah moral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yang selama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuah parti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demi sebuah penyatuan yang salah.


Siapa lagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahaman pluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anak beliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimana nilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?

Friday 4 May 2012

Kisah 3 Orang Pemalas & 2 Orang Penakut.

Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight AAA”, “Rimas aku nak baca buku/e-book yang tebal-tebal” dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

Saya percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasnya, jika anda seorang pemalas dan tidak suka membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.

#2. Si Pemalas Tidak Suka Membuat Kajian.

Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baharu yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

Saya tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.

#3. Si Pemalas Tidak Suka Mencari Jawapan.

Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan.

Percayalah dengan menggunakan Internet dengan cara yang betul segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

#4. Si Penakut Tidak Suka Melabur.

Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.

Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia pemotoran. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:

* Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

* Mengupah orang untuk update blog – Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.

* Membeli Majalah Pemotoran – Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.

* Menyertai kelab ahli – Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia pemotoran.

dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menjana pendapatan di Internet.

#5. Si Penakut Tidak Suka Mencuba.

Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan janganlah memberikan 1337 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.

Kuasa Pemikiran POSITIF!!

Tidak seperti makhluk yang lain, manusia memiliki kuasa unik yang tiada batasannya, yang luar biasa, dan tidak dapat diambil oleh orang lain. Ia adalah kuasa besar di bawah kawalan manusia. Ia juga adalah kuasa yang menentukan kedudukan sesebuah tamadun bangsa, tahap kemajuan, dan kemakmuran – itu adalah kuasa berfikir.

Yang paling hebat adalah kuasa pemikiran positif. Ia membuka pintu untuk pencapaian, kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran. Kualiti pemikiran anda menentukan kualiti sikap, disiplin dan tindakan anda. Pemikiran adalah benda. Pencapaian atau kegagalan timbul dari pemikiran. Apa yang kita fikirkan; terhasillah buah fikiran. Kekayaan dan kegembiraan atau kesedihan bermula dalam minda. Dengan itu, buah fikiran menentukan kemenjadian anda dan kualiti kehidupan anda.

Dr. Joyce Brothers berkata, “Kejayaan adalah pernyataan pemikiran. Jika anda ingin berjaya, mulalah dengan berfikir diri anda adalah yang berjaya.”

Apabila anda mengawal pemikiran anda, anda juga mengawal perasaan, sikap dan tindakan anda. Pemikiran positif akan membawa kepada sikap positif yang akan membuatkan anda individu yang berkualiti. Pemikiran positif membawa impak yang besar dalam kehidupan kita, dan sentiasa membuahkan hasil yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, kehidupan anda bukanlah dinilai dari apa yang anda fikirkan, impian, dan perancangan. Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan perancangan; ia dinilai dari apa yang anda capai.

Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Kehidupan sememangnya sukar dan sentiasa menghadapi suka dan duka. Semua orang menghadapi situasi yang sama. Tetapi cara pemikiran yang menentukan sama ada kita dapat menguasai kehidupan.

Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak menasihatinya dengan, ‘lupakan saja’, ‘masa akan mengubati’ – ini adalah nasihat yang menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, ‘Fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah.”

Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara positif.
Terdapat peluang dan kesukaran dalam menjalani kehidupan. Namun, terdapat juga perbezaan antara yang melihat peluang secara optimistik dan sebaliknya – pesimis.

Menurut Dr. Walter Staples, seorang yang optimistik adalah orang yang menjangkakan dan melihat kebaikan dari semua segi. Mereka melihat kesukaran sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat dalam kehidupan.

Menurut beliau lagi, orang yang pesimis adalah orang yang menjangkakan keburukan yang bakal ditemui dalam kehidupan. Orang yang begini lebih banyak fokus kepada apa yang salah, dan lupa tentang ada yang benar selain dari salah.

Pemikiran positif membuatkan anda lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat anda dan menghilangkan harapan anda, menjadikan anda tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang.
Sumber: www.aliqassem.com

Monday 19 March 2012

Pembangkang mahu julang ‘imam baling selipar’ sebagai hero.

Utusan Malaysia Online 
Rencana oleh Noraini Razak

ADAKAH selayaknya Hoslan Hussin disamatarafkan dengan Muntadar al-Zaidi? Apa persamaan kedua-duanya sehingga Hoslan mahu disamakan dengan Muntadar?

Hoslan, imam di sebuah masjid di Kampung Pandan, manakala Muntadar, wartawan dari Iraq – kaitan antara mereka adalah perbuatan Muntadar membaling kasut dan Hoslan membaling selipar.

Ketika nama Muntadar menggemparkan dunia kerana tindakan membaling kasut ke arah George W. Bush, Hoslan pula dijulang pembangkang Malaysia gara-gara melempar selipar ke arah tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

Kasut Muntadar yang melayang hampir mengenai kepala Bush adalah lontaran kemarahan wartawan itu terhadap keganasan, penindasan serta penganiayaan Amerika Syarikat (AS) terhadap rakyat Iraq.

Apa pula kaitan selipar Hoslan dengan tiga hakim yang ternyata amat terkejut apabila benda yang sepatutnya tersarung di kaki melayang sedemikian rupa.

Hoslan berang apabila mahkamah menolak permohonannya mencabar tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengarahkan dia mengosongkan kuarters yang didudukinya lantaran dia tidak lagi menjadi imam di situ.

Kupasan perihal tindakan Hoslan telah pun dibuat sebelum ini. Yang ingin disentuh di sini adalah kesungguhan beberapa pihak terutamanya pembangkang menjulang Hoslan seakan-akan lelaki itu ‘maksum’ sehingga tidak boleh dikenakan hukuman penjara kerana menghina mahkamah.

Ketika ditemu ramah, bapa kepada tujuh anak itu membangkitkan kononnya dia mahu menegakkan keadilan. Dia mahu membongkar penyelewengan di masjid, justeru adalah satu penganiayaan apabila dia dilayan begitu oleh ketiga-tiga hakim itu.

Tidak ramai yang mahu tahu cerita sebenar semasa prosiding di mahkamah. Tiada siapa peduli dengan kesabaran ketiga-tiga hakim dengan tindak-tanduk Hoslan yang tidak mampu mempertahankan ciri-ciri seorang imam ketika berhadapan dengan secebis cabaran di mahkamah dunia.

Meniti di mulut Hoslan, dia digari. Katanya hakim berat sebelah. Tetapi tidak pula diberitakan tentang berhati-hatinya petugas mahkamah termasuk polis menenangkannya dan para hakim pula mengawal tutur kata supaya tidak menyakiti imam yang telah melemparkan sepasang seliparnya di muka pengadilan.

Mengapa Hoslan membangkitkan perihal penyelewengan masjid sedangkan para hakim di Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya untuk mencabar kesahihan tindakan MAIWP mengarahkan dia mengosongkan kuarters di situ.

Biar pun mungkin ada kaitan antara pemecatan Hoslan, arahan pengosongan dan dakwaannya ada penyelewengan di masjid itu, tetapi di mana kewajarannya apabila tiga hakim mendengar kes yang berbeza itu dilayan begitu.

Lebih mengecewakan apabila Hoslan ditemu ramah, dia memberi versi yang berbeza. Portal pembangkang, akhbar milik parti dan peguam-peguam hebat melonjakkan Hoslan sebagai hero sehingga menyamai Muntadar yang antikeganasan. Kononnya, kasut yang dibaling Hoslan mewakili kekecewaannya yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Dia mendakwa memberitahu para hakim tidak pernah dalam sejarah seorang imam dihadapkan ke mahkamah kerana cuba menegakkan prinsip Islam yang menentang penyelewengan.

Soalnya adakah Mahkamah Persekutuan pada hari permohonannya ditolak membicarakan tuduhan salah laku pengurusan masjid atau keengganan Hoslan mengosongkan premis yang diduduki lantaran dia tidak lagi menjadi imam di masjid tersebut.

Hoslan sepatutnya tampil dengan bukti. Jika laporan polis dibuat beribu kali tetapi imam itu tidak bekerjasama memberikan bukti wujudnya penyelewengan, tentunya keadilan yang cuba diangkat akan tergantung begitu sahaja.

Sebagai seorang imam yang dadanya dipenuhi ajaran Islam dan nilai-nilai murni, bukankah Hoslan sepatutnya sangat arif untuk membezakan antara tohmahan, fitnah dan kebenaran. Dia juga patutnya amat peka tentang keperluan saksi, bukti, perbicaraan dan penghakiman dalam proses mengangkat keadilan seperti yang dicanang dalam siri temu ramah selepas insiden tersebut.

Perlu diingat bahawa keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas Hoslan bukan saja kerana tragedi melempar selipar. Sebaliknya Hoslan juga didapati menghina mahkamah apabila membuat kenyataan demi kenyataan kononnya dia tidak diberi hak untuk didengar secara adil sebelum permohonannya ditolak.

Pendek kata, imam itu memperlekehkan institusi kehakiman bukan saja melalui perbuatan di dalam mahkamah malah kata-katanya di luar mahkamah yang kemudian disebar luas oleh portal berita.

Kesan perbuatan dan kata-kata itu sehingga ke satu peringkat dia dilihat sebagai hero seperti mana Muntadar yang diangkat kerana keberaniannya memalukan Bush di mata dunia.

Portal berita seperti Malaysiakini dan lidah rasmi Pas langsung tidak menyentuh tentang maki hamun serta ugutan Hoslan. Penulis-penulis di itu hanya menonjolkan cerita sebelah pihak tanpa memberi ruang kepada berita sebenar semasa prosiding mahkamah yang menyaksikan Hoslan sewenang-wenangnya menghina barisan hakim yang mendengar kes pengosongan kuarters dan bukannnya kes pemecatan jawatan, jauh sekali penyelewengan.

“Saya tidak akan begitu bermurah hati. Seorang imam itu dipandang tinggi, berhemah tinggi dan berbudi pekerti tinggi. Namun awak tidak begitu, tindakan sedemikian saya tidak boleh terima,” kata Hakim Zulkefli.

Biar pun Hoslan memohon maaf dan mengaku keliru terhadap prosiding sivil yang pada fahamannya patut didengar Mahkamah Syariah, namun masih ada suara mahu hukuman penjara setahun itu dibatalkan seolah-olah menidakkan kekeliruan imam tersebut.

Lim Kit Siang misalnya mahu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria campur tangan terhadap keputusan yang disifatkan ‘keras dan keterlaluan’ itu.

Jika Muntadar ketika berkempen di Paris bagi mengheret Bush ke mahkamah antarabangsa turut dibaling kasut, apa pula paras tindakan menghina mahkamah yang dikenakan ke atas Hoslan? Mengapa pula mahkamah dianggap keras dan keterlaluan jika penghinaan dijaja sedemikian rupa.

PENULIS ialah Ketua Biro Putrajaya
Utusan Malaysia.