Friday 4 May 2012

Kisah 3 Orang Pemalas & 2 Orang Penakut.

Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight AAA”, “Rimas aku nak baca buku/e-book yang tebal-tebal” dan sebagainya.

Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.

Saya percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasnya, jika anda seorang pemalas dan tidak suka membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.

#2. Si Pemalas Tidak Suka Membuat Kajian.

Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baharu yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa?

Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.

Saya tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.

#3. Si Pemalas Tidak Suka Mencari Jawapan.

Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya.

Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan.

Percayalah dengan menggunakan Internet dengan cara yang betul segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.

#4. Si Penakut Tidak Suka Melabur.

Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Saya sudah menjumpai ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka.

Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia pemotoran. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah:

* Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

* Mengupah orang untuk update blog – Ini juga pelaburan yang perlu agar blog anda sentiasa ada informasi terkini kepada para pelawat.

* Membeli Majalah Pemotoran – Ini sudah tentu untuk mendapatkan berita terkini untuk dimuatkan di dalam blog anda.

* Menyertai kelab ahli – Anda juga perlu membayar untuk menyertai mana-mana membership yang menyediakan gambar-gambar dan berita-berita panas tentang dunia pemotoran.

dan banyak lagi. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menjana pendapatan di Internet.

#5. Si Penakut Tidak Suka Mencuba.

Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai saya pernah jumpa setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya?

Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Saya merayu kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan janganlah memberikan 1337 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati.

No comments:

Post a Comment