Tuesday 5 August 2014

Pemandu Bas Kilang di CIQ disaman??

JOHOR BAHARU, 4 Ogos (Bernama) -- Polis mengeluarkan 100 saman kepada pemandu bas kilang yang menghalang lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, 1 Ogos lepas berikutan perlaksanaan kadar tol baharu.


Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Baharu Selatan Supt Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mereka ini (pemandu bas kilang) sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.

"Perbuatan ini kemudian menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan yang lain dan orang awam sehingga ada yang terpaksa berjalan kaki ke Singapura," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian terbabit.

Mohd Nadzir berkata polis sentiasa memantau keadaan di kompleks CIQ dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL).

"Para pengguna jalan raya sentiasa diingatkan supaya mematuhi peraturan dan mana-mana yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan kadar baharu tol itu diminta supaya tidak menimbulkan kesulitan sebaliknya berunding dengan pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah itu," katanya.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA dari 5 pagi hingga 8 pagi tadi mendapati kenderaan yang memasuki Singapura melalui Tambak Johor dalam keadaan terkawal.

Berlaku sedikit kesesakan biasa ketika waktu puncak iaitu semasa rakyat Malaysia memasuki Singapura untuk bekerja.

Anggota polis trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan turut ditempatkan bagi mengawal kenderaan di beberapa jalan masuk ke CIQ dan bersedia jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Difahamkan penempatan anggota polis itu dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya kejadian mogok pada Jumaat lepas berulang.

Dalam kejadian 1 Ogos lepas, 200 pemandu bas kilang dikatakan enggan memasuki Singapura menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ mulai 4 pagi dan berakhir empat jam kemudian.

Tindakan itu menyebabkan ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands.


Kejadian itu dikatakan berpunca akibat pengumuman LLM berhubung kadar baharu tol arah masuk CIQ itu bagi kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 masing-masing bernilai RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80, manakala bagi kadar arah keluar bernilai RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50 yang bermula 1 Ogos.

Sebelum itu, Singapura juga mengumumkan kenaikan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan Permit Kenderaan Barangan (GVP) dari luar ke republik itu berkuat kuasa pada tarikh sama.

VEP dinaikkan daripada S$20 (RM51.37) kepada S$35 (RM89.90) sehari manakala GVP pula S$40 (RM102.74) berbanding S$10 (RM25.68) sebulan.



Sumber: BERNAMA

Saturday 2 August 2014

Siapa dalang sebenar di CIQ?


Dari awal lagi, DAP telah menyatakan bahawa kenaikan kadar tol di CIQ Senai akan menyusahkan rakyat Singapura. Walaupun Singapura telah menaikkan kadar VEP mereka meroket tingginya dengan nisbah RM129 berbanding RM16.50 sehari oleh Malaysia, DAP tetap menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah berlaku zalim.

Justeru semalam, DAP melalui beberapa orang pemandu bas kilang telah bekerjasama untuk menghuru-harakan kompleks CIQ apabila dua orang pemandu bas kilang tersebut, memberhentikan kenderaan yang mereka pandu 100 meter dari tempat membayar tol, sekaligus menutup terus laluan bas untuk masuk ke Singapura.

Tindakan mereka telah menyebabkan laluan penuh sesak dan keadaan tersebut segera diambil kesempatan oleh para pemimpin DAP khususnya Nga Kor Ming dengan memberitahu, itu adalah mogok pemandu-pemandu bas dari Malaysia ke atas kenaikan kadar tol baru.

Apa yang dilakukan oleh DAP dengan kerjasama pemandu-pemandu bas kilang yang merupakan pecacai DAP itu, amat merugikan dan sangat merbahaya.

Sepatutnya tindakan undang-undang diambil ke atas ADUN Johor Jaya, Liow Chai Tong dan pemandu-pemandu bas kilang berkenaan. Malahan bas-bas kilang yang terbabit dalam melakukan sabotaj di CIQ itu perlu ditarik permit dan tidak dibenarkan beroperasi lagi. Begitu juga dengan permit syarikat-syarikat bas berkenaan perlu dibekukan dan tunjuk sebab perlu diberikan.

Mengambil kira tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Singapura ke atas pemandu-pemandu bas yang mogok, Kerajaan Malaysia, khususnya Kerajaan Negeri Johor juga perlu melakukan perkara yang sama. Liow Chai Tong perlu diseret ke muka pengadilan atas Akta Hasutan. Manusia seperti Liow Chai Tong tidak boleh dibenarkan terlibat dalam politik kerana kecenderungannya untuk mensabotaj negara.

'Mogok' semalam sebenarnya telah dipentaskan oleh DAP dalam usaha mereka mendapatkan sokongan rakyat. Walaupun selepas bas-bas pecacai mereka dialihkan, aliran kembali lancar dan tiada sebarang protes dilakukan, sekaligus menunjukkan tohmahan dan hasutan DAP terutama sekali menerusi Liow Chai Tong hanyalah untuk menjaga kepentingan Singapura semata-mata.

Dua orang pemandu bas kilang telah berjaya dikenalpasti. Begitu juga dengan beberapa buah bas yang digunakan dalam drama mogok tersebut juga telah dikenalpasti. Berikut adalah nombor-nombor pendaftaran bas-bas kilang yang terlibat dalam cubaan mensabotaj laluan ke Singapura.

JDT 6408 yang dipandu oleh Chandran P.Gopa (ketua pemogok), JDA 7600, JEJ 6299, JCD 1656, WHT 959, DBM 778, JCB 4871, JDL 2306, WHC 959, JCB 487, JCW 4761, JNE 1881, JCG 487, MAB 9074, BJD 1349, JDT 3553, NAP 7903 dan JEJ 6299. 

Sumber: Buletin Sengal

Ini bukan gurauan untuk kita semua!!!!

Untuk makluman semua, perjuangan orang Cina bertapak di Tanah Melayu selepas Merdeka ada 4 Fasa.

Fasa1 - Kerakyatan: Pengiktirafan ke atas mereka dan keturunan selepas mereka untuk diberi kerakyatan secara automatic. Ini sudah tercapai.

Fasa 2 - Perlindungan keselamatan: orang Cina banyak berbelanja melindungi keselamatan mereka menerusi kongsi gelap dan memiliki senjatacapi. Selepas Peristiwa 13 Mei 69, timbul kesedaan oleh orang Cina bahawa keselamatan mereka, perniagaan mereka dan harta mereka kena dilindungi oleh polis. Maka bermulalah pembelian perlindungan oleh orang Cina daripada polis sehinggakan tak habis-habis polis dituduh jadi anjing dan pelindung Cina. Misi ini dah tercapai.

Fasa 3 - Penguasaan Ekonomi: yang ini mereka dah berjaya dan warisi daripada dasar pemerintah Residen British lagi. Untuk terus kuat, depa kena control ekonomi Malaysia. Yang ini juga sudah tetcapai. Semua tahu dan nampak dalilnya.

Fasa 4 - Kuasa Politik dan memerintah: Ini adalah fasa mutakhir mereka iaitu menguasai politik ibarat Yahudi menguasai Amerika, India menguasai Fiji. Mereka mahu seperti Singapora dimana Bangsa Cina menguasai segala-galanya secara total. Agenda mereka menolak parti Cina yang tunduk kepada ketuanan Melayu sudah terserlah. MCA dan Gerakan sudah hampir terkubur. MIC pecah tongkang. Melayu pecah belah, porak peranda. Lihat peranan PKR & PAS dalam melebarkan perpecahan melayu sehinggakan tak boleh atau tak mampu lagi bersatu kembali. Bila PKR mengambil-alih tampok politik negara, bahana besar bakal berlaku dan Melayu tidak lagi akan mampu mentadbir negara ini.