Wednesday 28 May 2014

Sultan Azlan Shah Mangkat


Merafak sembah sekalung ucapan takziah kepada keluarga DiRaja Sultan Perak dan seluruh rakyat jelata Negeri Perak.Ini dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak yang ke-34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.


Semoga Allah merahmati Roh Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Amin.



Turut diistiharkan esok sebagai hari cuti umum dan pengkabungan selama 100 hari sebagai tanda menghormati pemakaman Baginda Tuanku Sultan Perak.



AL-FATIHAH....



Tuesday 27 May 2014

Jangan Lepaskan Peluang ke "Pelan Suara Hati Johor"

Rakyat Johor di jemput hadir memberi maklum balas di makmal pameran hari terbuka Pelan Suara Hati Johor di Medini Mall Nusajaya pada 31 Mei 2014 yang akan dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin pada hari Sabtu, bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Ikuti peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi maklumat dan pelan strategik ke arah memacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Pelan Suara hati Johor inisiatif menteri besar Johor adalah bagi merakyatkan Kerajaan , melestarikan pembangunan Pro Rakyat dan memperkasa muafakat Johor bertemakan kerajaan berteras pencapaian

Ayuh bersama melakar masa depan Johor


Aktiviti 

1. Pameran Pelan Suara Hati Johor

i) Pameran Pelan Suara Hati Johor memaparkan inisiatif-inisiatif pro-rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.

Memberi peluang kepada orang ramai mengemukakan maklum balas ke atas langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Negeri Johor disamping membangkitkan isu-isu utama rakyat untuk perhatian kerajaan negeri.

2. Pendaftaran secara online Rumah Mampu Milik Johor

3. Pendaftaran kerja secara online melalui Jobs Malaysia

Memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pendaftaran online dan penyesuaian kerja.

4. Pendaftaran Duta Muafakat Johor

5.Sembang bersama EXCO

Sesi sembang DJ bersama setiap EXCO untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan.

6. EXCO bersama rakyat

EXCO berada di kawasan pameran bagi mendengar masalah dan mendapatkan cadangan rakyat.Pengunjung berpeluang bertemu dan barbincang bersama EXCO secara bersemuka.

Thursday 8 May 2014

PRK P76 Teluk Intan 31 Mei 2014



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Mei ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Teluk Intan.
Sementara penamaan calon pula akan diadakan pada 19 Mei.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu, yang keenam selepas pilihan raya umum, diadakan selepas kematian wakil rakyat dari DAP Seah Long Peng, 48, pada 1 Mei kerana barah.