Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disiarkan di laman Youtube Teresa Kok baru-baru ini menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur penghinaan terhadap pemimpin negara. Teresa dalam tulisan beliau walau bagaimanapun menafikan tuduhan itu malah mengatakan ia hanyalah satu humor politik. Dalam artikel beliau yang disiarkan di laman web Malaysiakini , Teresa antaranya menyatakan ;
"Tuduhan bahawa saya memalukan Perdana Menteri dan isterinya adalah tidak benar kerana memang tiada dialog pelakon yang menyentuh nama mana-mana pemimpin negara, sama ada Najib atau isterinya." - http://www.malaysiakini.com/news/253425
Penulis bersetuju dengan kenyataan Teresa bahawa memang beliau tidak menyentuh nama mana2 pemimpin negara . Tetapi bagi mereka yang menonton video itu tentu faham karekter individu-individu yang cuba ditonjolkan dalam video itu seperti merujuk kepada individu tertentu. Selama ini pun PR melalui penyokong , malah dalam video-video ucapan beberapa pemimpin mereka menggambarkan karekter PM dan isteri seperti yang ditonjolkan dalam video berkenaan.
Penafian demi penafian yang dibuat beserta dengan pelbagai bukti untuk menolak tohmahan itu seolah-olah tidak diendahkan pemimpin dan penyokong pembangkang, malah fitnah2 ini berulang kali dimainkan seolah-olah sudah tiada lagi modal untuk menghentam PM dan isteri. Mereka mungkin tidak menyebut secara jelas nama PM dan isteri, namun mereka bijak menggunakan kiasan supaya semua orang faham siapa yang dimaksudkan. Kalau nak dikira saman, entah berapa banyak tuntutan saman yang boleh dibuat terhadap individu-individu yang membuat fitnah dan tohmahan ini. Namun disebabkan hal2 teknikal seperti kiasan yang tidak menyatakan secara langsung nama individu yang difitnah, tindakan saman mungkin hanya membuang masa dan wang.
Berbalik kepada Teresa Kok , pemimpin 'komunis' DAP ini memang terkenal dengan beberapa insiden yang jelas sekali menunjukkan sikap biadap beliau yang tidak sensitif mengenai agama dan kaum di negara ini. Antaranya ialah mengenai tindakan beliau mempertikai tulisan jawi di beberapa nama jalan di Kuala Lumpur , isu menjatuhkan maruah wanita Melayu dengan video 'ketuk ketampi' pada penghujung tahun 2005, selain kenyataannya di dalam mahmakah (kes saman Utusan) bila menjawab 'tidak bersetuju' agama Islam diwartakan sebagai agama persekutuan di negara ini,begitu juga dengan video yang tersebar mengenai sikap kurang ajar si kafir ni berkeliaran di dalam masjid dengan niat tidak baik (guna masjid untuk tujuan tempat berkumpul bagi demonstrasi), dan terbaru isu video yang jelas sekali menunjukkan beliau tidak sensitif hingga menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk dari kaum Cina sendiri.
Penulis tidak terkejut apabila 'komunis' tua DAP Lim Kit Siang pantas mempertahankan barua yang juga anak didiknya apabila mengatakan ramai yang sebenarnya tidak faham dengan apa yang dipaparkan dalam video 'Onederful Malaysia' yang menggunakan dialog dalam bahasa Kantonis dan Mandarin itu . Lim berkata terjemahan itu disalah ertikan oleh beberapa pemimpin2 UMNO , samada salah erti atau tidak , video berkenaan jelas mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami semua , dan tentu sahaja beberapa perkara yang kononnya sinikal/humor telah mengundang kemarahan ramai pihak sehingga lebih 40 laporan polis dibuat.
Sekiranya 'komunis' tua Lim Kit Siang berkata orang Melayu silap tafsir maksud video 'Onederful Malaysia' yang dibuat dalam bahasa Kantonis dan Mandarin itu , maka argumen yang sama boleh juga digunakan untuk membalas kenyataan Lim apabila mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat yang diedarkan JAKIM (http://www.roketkini.com/2014/02/02/sebar-kebencian/) .
No comments:
Post a Comment