DAP SUDAH MULA PERTIKAI AYAT SUCI AL-QURAN
Hebat puak-puak DAP ni..sampai ke teks khutubah jumaat pun mereka pantau..Yang puak-puak PAS pula apa cerita..tak kan nak biarkan DAP sewenang-wenang pertikai maksud ayat suci Al-Quran yang disampaikan dalam khutubah Jumaat...
Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat kerana dalam khutubah Jumaat yang disampaikan terkandung terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah yang berbunyi :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
Darell berkata dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini.
Manakala Lim Kit Siang pula dilapor melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat itu yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.
Kit Siang berkata teks khutbah itu amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan..
Kita nak lihat apa kata puak-puak PAS mengenai perkara ini..Adakah mereka akan bersetuju dengan DAP atau mereka akan pertahankan isi kandung khutubah jumaat yang bertajuk "Manhaj Islami dalam perpaduan ummah"..
Jangan dibiarkan kenyataan kenyataan sebegini berterusan. Ianya jelas sekali mencabar dan mahu menguji sejauh mana kesabaran umat Islam Malaysia. Wajib ditahan !!!
No comments:
Post a Comment