Thursday 17 April 2014

Takziah!! Karpal Singh Maut Kemalangan

Takziah kepada @GobindSinghDeo dan seluruh ahli keluarga YB Karpal Singh s/o Ram Singh serta seluruh warga Pakatan Rakyat. Peguam dan ahli politik merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari parti DAP ini meninggal dunia akibat kemalangan di KM301.6U (Gua tempurung) pada jam 1.00 pagi 17 April 2014.

Karpal Singh maut ditempat kejadian bersama seorang lagi bernama C Selvam manakala 2 penumpang lagi cedera parah. 





Butir kemalangan ianya bermula apabila sebuah MPV jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran KS 9898 dilaporkan melanggar bucu sebuah lori bernombor pendaftaran WTL 9909 yang melalui lorong kiri.

Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Ringkasan Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Semoga kita semua dapat menghormati mendiang Karpal Singh yang telah terkorban. Walaupun beliau dikerusi pembangkang itu bukan alasan untuk kita mencaci atau mempolitikan perkara ini. Kehilangan besar ini dapat dirasai kerana Karpal Singh boleh dikatakan berprinsip dan jujur dalam perkataan beliau walaupun kadang kala tidak senada dengan PAS dan PKR.



Salam Takziah kepada keluarga mangsa di atas kehilangan dan berita menyedihkan ini. 




No comments:

Post a Comment