Monday, 3 February 2014

Komuniti Cina di Negara Ini Harus Kutuk Perbuatan Teresa Kok


Teresa Kok bukanlah antara pemimpin DAP yang suka sangat bikin bising macam Tony Phua yang sentiasa cuba cari publisiti murahan.
Bagaimanapun, dalam diam, ahli Parlimen Seputeh itu sudah jadi pelakon.
Cuma lakonan sebagai moderator bersama tiga watak lain seperti dipaparkan melalui You Tube pada malam sambutan Tahun Baru Cina (CNY) amat kurang ajar dan biadap.
Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu beliau mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak kira dari parti mana pun, apabila sampai hari perayaan elemen positif harus di ketengahkan.
Teresa Kok memilih untuk menimbulkan lebih banyak masalah bukannya membantu menyelesaikan masalah.



Beliau langsung tidak memikirkan memikirkan sensitiviti ketika rakyat Malaysia menyambut Tahun Bahu Cina.

Pendedahan : Anwar Bertanding Di Kajang, ‘Blueprint Projek Istanbul

AIDCNews – 1/2/14 – Seorang pemberi maklumat menghantar email mendakwa rancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebahagian daripada ‘blueprint Projek Instabul.’ 

“Rujuk twitter ‘salamreform‘, anda akan dapat jejak modus operandinya,”katanya. 

Dalam twitter ‘salamreform’ seorang bernama ‘Aktivis Reformasi,’ mendedahkan apa yang berlaku dalam politik PKR mutakhir ini adalah sebahagian daripada ‘blueprint Projek Instabul’ yang telah dibentangkan dalam mesyuarat inner circle Anwar beberapa minggu sebelum ini. 

"Blueprint "Projek Istanbul" dibentang beberapa minggu lalu kepada inner circle Anwar". 

Jelasnya lagi, “Projek Istanbul bakal menjadi tunggak strategi pertama Anwar untuk tawan Putrajaya..Tunggak utama “Projek Istanbul” ialah menjana dana parti dan pentadbiran negeri Selangor.” 

‘Projek Instanbul’ terang ‘Aktivis Reformasi’ adalah strategi yang ditiru daripada Recep Tayyip Erdoğan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 2003. 

“Mengapa Anwar tanding DUN Kajang? Rujuk sejarah Erdogan jadi Mayor Istanbul untuk selesai masalah air dan sampah,” katanya. ‘Aktivis Reformasi’ turut memberikan rujukan projekistanbul.wordpress.com yang mendedahkan dua artikel bertajuk “PROJEK ISTANBUL” dan “AZMIN DIPERBODOHKAN – RAFIZI DIPERALATKAN UNTUK #PROJEKISTANBUL.” 

PROJEK ISTANBUL
  1. Semenjak kekalahan PRU13 menyentap Anwar Ibrahim kedunia realiti, dia menjadi semakin resah kerana telah kurang mendapat sokongan dari pihak asing. Ini kerana semenjak 1998 lagi beliau telah menjanjikan bahawa PKR dengan berbonekan DAP dan PAS sudah boleh menawan Putrajaya. Sampai 2014, Anwar masih ketua pembangkang dan makin bermasaalah pentadbiran parti PKR. Setelah kehilangan sejumlah besar penyokong dari Indonesia gara-gara kemarahan Yusuf Kalla, Anwar Ibraahim berasa terpinggir dan terjerumus dalam depressi hingga mengambil peluaang untuk perawaatan botox untuk menggembirakan hati. 
  2. Dalam kerunsingan yang beliau bukan lagi tunggak pembangkang, kerana pimimpin DAP yang jauh lebih muda seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan yang lain makin lantang dan dikenali, di PKR sendiri bintang Rafizi dan Nik Nazmi makin pudar. Tan Sri Khalid pula mengorak langkah positif dengan pentadbiran Selangor tanpa campur tangan Anwar. Selepas Khir Toyo, Selangor dibawah pimpinan kera pun akan maju, dan Tan Sri Khalid bukan kera. Dia adalah ahli korporat yang handal, dan pernah berperanan membawa Guthrie dan Sime Darby ke Malaysia ketika ‘Dawn Raid’ yang dirancang Tun Dr Mahathir. 
  3. Anwar masih dikelilingi isu personal dan isu liwat belum selesai. Dia mula bercatur. Azmin makin disisih oleh Faeqah dan inginkan ‘takhta’ MB Selangor. Khalid sudah tidak pedulikan kata Anwar dan hanya mahu mentadbir Selangor. Faeqah makin sombong sampai 6 bulan dah tak bercakap dengan Wan Azizah. Rafizi mula salah langkah dan mengeluarkan kenyataan yang lebih berunsur politik dari berunsurkan sifat beliau dahulu yang lebih strategik. 
  4. Anwar lebih menghabiskan masa di Indonesia sambil berfoya dengan Gunawan M, pengasas koran Tempo. Dia asyik bersembunyi di Four Seasons Jakarta, dan bersubahat dengan Kelab Pakatan Jakarta untuk menjatuhkan Zahrain yang tahu selok belok Anwar di Jakarta dan teman teman joli yang sering mengerumuni beliau. Dia nekad, perlu ada strategi baru. Enter, Rafizi. 
  5. Rafizi mencadangkan supaya Anwar menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya. Sebagai orang yang pandai study tapi tidak ada original idea sendiri, Rafizi menyelidik dari mana inspirasi (dan ciplak) akan datang. Sampailah dia di Istanbul dan strategi Recep Tayyip Erdoğan yang menawan Istanbul tahun 1994 dan menggunakan dana dari pelaburan 4billion dollar, projek awam dan pembinaan infrastruktur untuk menabung dana parti dan dana populariti untuk menjadi Perdana Menteri Turkey, selepas dipenjarakan pada tahun 1999. 
  6. Dengan itu, Anwar mengeluarkan kertas kerja Projek Istanbul, enam bulan lalu yang salah satu milestone ialah untuk Anwar menjadi MB Selangor. Tapi, Khalid nak diletakkan dimana? Tak mungkin Khalid akan berundur dengan begitu mudah. Nak minta tolong Wan Azizah pun susah, kerana semenjak rapat dengan Khalid, Faeqah sudah mula menjaugkan diri dari Keluarga Puaka ini. Salah satu caranya ialah melagakan Azmin dengan Khalid dan mengambil alih tempat Khalid ‘untuk parti’ dan menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya. 
  7. Itulah, secara am, Projek Istanbul. 

AZMIN DIPERBODOHKAN – RAFIZI DIPERALATKAN UNTUK #PROJEKISTANBUL
  1. Semenjak Yusuf Kalla menarik diri dari apa saja perbualan strategi atau kewangan dengan Anwar Ibrahim, dan penarikan dana dari sponsor yang telah memberi kata putus sebelum kekalahan PR di PRU13, Ketua Pembangkang Malaysia ini semakin runsing. Bila bulan penuh saja, dia bagai meroyan, dan mencari ubatnya. 
  2. Anwar bukan orang yang bersahaja menerima kekalahan. Sejurus lepas Rafizi pulang dari Umrah, Anwar memanggil Rafizi dan mengarahnya mencari solusi. “I don’t want to hear the problems. What I want is the solution and it must not fail” ujar Anwar. 
  3. Rafizi yang sekarang sedar bos ‘is not a man focused on details’ mula menggelabah. Pengarah Strategi PKR ini pun mengumpulkan minda terbaik PKR, termasuk Nik Nazmi, Tian Chua (tak berapa bijak dan dipercayai informant CIA) dan Elizabeth Wong (bekas girlfriend Farish Noor dan suka di ikat dan mengikat sesama sendiri) untuk idea. Ternyata Eli seorang yang bijak dan berpengetahuan dalam arena politik. Beliau menyebut Erdogan dan sukses bandar Istanbul yang melonjakkan Erdogan ke jawatan Perdana Menteri Turki. 
  4. Rafizi kemudian mengingatkan bosnya tentang Erdogan, yang menurut Anwar Ibrahim adalah insan yang seperti beliau, dipenjarakan dan kemudian menjadi Perdana Menteri. Selepas outline strategi itu dibahaskan (Anwar meniyakan saja semua kenyataan Rafizi), Anwar bertanya, “Will Khalid Play?” “No, he’s happy with the State” jawab Rafizi dengan pantas. “So how do we get the money if Khalid and Faeqah won’t play?” tanya Anwar. Rafizi senyap, memandang keliling ruangan pejabat Anwar dan mejanya yang kosong saja.“You could ask Azmin to do something, he hates Khalid” kata Rafizi, hampir berbisik. “Yessss” jawab Anwar, sambil senyum kambing. 
  5. Anwar sengaja menghantar orangnya untuk membakar Faeqah untuk mempercayai yang Wan Azizah kecil hati dengannya atas sebab yang kecil. Walaupun rapat dengan isteri Anwar ini, Faeqah sekarang berkuasa dan mempunyai pengaruh luas. Dia berfikir, kalau ada masaalah biarlah Wan Azizah saja yang call. Dia nekad akan menyelesaikan masaalah ini, tapi Khalid jenis orang yang mencari kerja, jadi Faeqah menjadi semakin sibuk. 
  6. Didalam keadaan beginilah Anwar hantar jarum. Ada yang rapaat dengan Faeqah ini dibayar sejumlah wang dan diberi ‘entertainment’ untuk mengapikan Andartu yang sentiasa dengan bosnya. Konon Azmin nak jadi MB dan salah satu caranya ialaah melalui dana PKNS. 
  7. Faeqah ni samurai. Dia membawa perkara ini keperhatian Khalid. Mengamuk orang tua tu sampai rambut jadi lurus. “Kick him out!” jerit Khalid, yang sudah muak dengan perangai spoilt-brat Azmin ini. 
  8. Bermulalah krisis dalaman yang menular hingga akan membazir wang rakyat untuk pilihanraya kecil Kajang. Tapi, bukan Azmin yang terkam. 
  9. Here comes the hero. Anwar Ibrahim. Azmin berasa Anwar hendak menyelamatkan situasi buat dirinya. Tapi semua telah tersurat, dan Rafizi lah salah satu dalangnya. Bulan October 2013 lagi Anwar dah ke Istanbul untuk bertemu Erdogan dan mengkaji strategi. (lihat sendiri disini buktinya). 
Kesian Azmin. Dah lama kau ditikam. World class punya tikaman. 

‘Aktivis Reformasi’ turut memberikan satu lagi laman anwarinsider.wordpress.com yang menceritakan kisah yang hampir sama perkaitan Anwar bertanding di Kajang dengan Projek Instabul. 

Laman itu memuatkan empat artikel bertajuk “Part 1 – Anwar dan Anak Emasnya,” “Part 2 – MB Khalid dan “Timbalan MB”, “Part 3 – Anwar Ibrahim dan Rancangan Jambunya” dan “Part 4 – Projek Istanbul.” 

Part 4 – Projek Istanbul 
Projek Istanbul. Itulah nama rancangan besar untuk merampas Putrajaya dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dinamakan Projek Istanbul sebab Anwar cukup minat dengan Turki. Samada terdapat penglibatan orang Turki dalam projek ini, wallahu’alam. 

Untuk memastikan Projek Istanbul ini berjaya, kenalah ada duit. Anwar asyik tekan MB Khalid untuk salurkan duit negeri ke dalam parti, tetapi Khalid enggan. Anwar tahu, Selangor ada RM3 bilion, cukup untuk belanja Projek Istanbul, tapi kunci peti besi, Khalid yang pegang. 

Jadi, Anwar kena buka langkah. Bermula dengan pilihanraya kecil yang bakal berlaku di Kajang. 

Anwar mesti jadi MB. Bila Anwar dah jadi MB, barulah boleh pegang kunci peti. Bila dah pegang kunci, duit negeri Selangor boleh jadi duit Projek Istanbul. 

Kalau Anwar tak boleh masuk jadi MB, Rafizi boleh ganti. 

Jadi, MB Khalid yang buat kerja dan mendapat sokongan rakyat mesti disingkirkan. Pedulilah apa kata rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Dalam kepala Anwar, sudah set. Duit negeri Selangor dan duit parti, sama saja. Dan kalau duit itu dah jadi duit parti, maka bolehlah dibelanjakan sesuka hati. 

Pilihanraya kecil di Kajang bukanlah untuk menguatkan PR, jauh sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat. Pilihanraya kecil di Kajang hanyalah satu langkah dalam agenda Projek Istanbul. 

Sekarang bukanlah masanya untuk orang Melayu, Cina dan India bertelagah. Inilah masanya untuk kita menilai Anwar Ibrahim dengan sejujurnya. Anwar hanyalah seorang lelaki yang mabuk kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk menjadi Perdana Menteri. 

Kita akan terus mendedahkan fakta yang akan menunjukkan wajah sebenar Anwar Ibrahim dan keluarganya. Mereka hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap, dan mungkin akan terus melakukan salah. 

~AIDCNews~

Monday, 6 January 2014

PRU-13: Mengapa BN kehilangan undi Cina

Oleh Shen Yee Aun


papashan88@outlook.com


1 - PERANAN RED BEAN ARMY (RBA)
RBA merupakan ejen utama dalam mempengaruhi, meracuni dan mencuci minda masyarakat Cina dalam membenci kerajaan. Golongan ini bukan sekadar cybertrooper yang biasa seperti tentera-tentera siber pihak Barisan Nasional (BN). Modus operandi mereka amat strategik dan terancang dengan psywar berkesan. Pasaran Internet masyarakat Cina hampir dimonopoli dengan laman media dan Facebook Page RBA. Mereka sangat kejam tetapi berkesan dalam menakutkan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Di samping itu, mereka berjaya mempengaruhi minda masyarakat Cina dengan segala persepsi yang akan memberi keuntungan politik kepada Pakatan Rakyat dan DAP. Oleh itu, RBA adalah penjajah minda dan emosi masyarakat Cina yang amat penting. Agen ini begitu berpengaruh untuk memalsukan apa yang benar dan membenarkan apa yang silap.

2 - Penipuan dan Kelicikan Pakatan Rakyat
Pelbagai janji manis telah dilontarkan kepada masyarakat Cina supaya menyokong perjuangan mereka. Janji perubahan mereka seolah-olah hanya mereka satu-satu jalan keluar kepada masyarakat Cina. Seminggu sebelum kempen pilihan raya bermula, serangan seperti pihak BN akan bermain kotor melibatkan pengundi Bangladesh sudah mula berleluasa. Imej dan persepsi palsu telah berjaya menjajah minda masyarakat Cina seolah-olah pemimpin Pakatan Rakyat adalah bersih dan tidak melakukan rasuah. Selain itu, mereka menakutkan masyarakat Cina dengan menyebarkan fakta palsu bahawa negara Malaysia akan muflis sekiranya BN masih kekal berkuasa.

3 - Peranan PACABA
Ramai penganalisis politik tidak mengambil kira faktor PACABA (polling agent) sebagai salah satu punca kekalahan undi dan sokongan masyarakat Cina. Badan pemikir Pertubuhan Hak Belia Malaysia berjaya mengetahui pengaruh PACABA sebagai satu ejen yang sangat penting dalam penurunan sokongan masyarakat Cina secara mendadak terhadap BN. Agen ini merupakan silent killer yang tidak diketahui ramai. Setiap kawasan pilihan raya akan ada golongan PACABA daripada Pakatan Rakyat yang sudah lama dan secara senyap menerima latihan daripada melalui dana yang mereka peroleh daripada luar negara. Peranan mereka sebenarnya bukan hanya setakat poling agent tetapi juga sebagai ejen penyebar maklumat dan pencuci minda di setiap kawasan yang disasarkan mereka. Sekiranya dalam satu kawasan terdapat 100 sukarelawan dan kuasa ini akan diganda kepada 10 iaitu seramai 1,000 orang yang akan cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Dianggarkan seorang secara puratanya akan dapat mempengaruhi 10 orang. Keadaan ini bermakna kerajaan BN bukan sahaja ditewaskan di alam maya seperti yang diketahui ramai tetapi juga on the ground secara senyap.

4 - Pengaruh GEN Y
GOLONGAN ini yang telah berjaya dijajahi emosi dan minda mereka di alam siber oleh RBA memainkan peranan yang penting dalam PRU-13 kali ini. Golongan tua dan dewasa masyarakat Cina yang selama ini menjadi tunjang kepada kekuatan BN akhirnya tunduk terhadap kebangkitan Gen Y. Ramai yang berjaya menyakinkan ibu bapa mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah yang terbaik. Ada juga anak-anak yang bertindak keras sehingga mengancam memutus hubungan kekeluargaan jika sesiapa dalam keluarga mereka menyokong BN. Golongan ini seharusnya menjadi fokus utama BN dalam pilihan raya yang akan datang. Sekiranya PRU-12 adalah berkaitan dengan kebangkitan pengundi masyarakat India, PRU-13 masyarakat Cina dan pilihan raya akan datang golongan ini yang perlu diberi perhatian.

5 - Penyusunan Pengundi Secara Strategik
KAWASAN sasaran DAP dan Pakatan Rakyat sejak awal lagi secara senyap dan berperingkat-peringkat memindahkan penyokong tegar mereka di kawasan sasaran. Oleh itu , banyak calon BN terutamanya calon MCA mendapati ramai pengundi yang selama ini tidak pernah wujud di tiba-tiba muncul menjadi pengundi di kawasan mereka. Faktor ini merupakan satu lagi silent killer yang tidak diketahui ramai. Persiapan Pakatan Rakyat dan DAP yang begitu rapi ini walaupun kotor tetapi perlu diberi perhatian oleh BN yang sedikit lalai dengan perkembangan strategi politik Pakatan Rakyat.

6 - Gerakan NGO dan Aktivis
Faktor ini merupakan satu lagi kekuatan Pakatan Rakyat yang belum diberi perhatian oleh BN. Pakatan Rakyat bijak untuk menjadi mastermind kepada banyak pertubuhan dan gerakan menentang kerajaan. Antaranya Gerakan Mahasiswa, Dong Zong, Himpunan Hijau, BERSIH dan banyak lagi. Setiap gerakan ini masih lagi aktif sehingga kini dan tidak seperti pertubuhan dan NGO BN yang hanya wujud sekadar hangat-hangat tahi ayam.






Artikel Penuh: 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 1 January 2014

Menyingkap Kenaikan Harga Barang


Demikian juga hal kenaikan harga barang. Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Daripada Anas bin Malik ra. beliau berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’" (Riwayat Abu Dawud) Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? 

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun daripada kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta." (Sahih. Riwayat Abu Daud).

Beberapa faedah dapat dipelajari dari hadis yang mulia ini. Antaranya adalah kita wajib meyakini bahawa naik turun harga sesuatu barang itu berlaku atas ketetapan Allah, kerana Allah adalah pengatur seluruh urusan. Seorang mukmin tidak boleh murka atas ketetapan ini sebaliknya hendaklah mereka menahan diri (bersabar).

Kenaikan harga adalah satu bentuk ujian yang Allah timpakan ke atas manusia, di mana ia adalah suatu yang tidak disenangi. Seseorang boleh menjadi terbeban disebabkan hal ini. Ujian kesempitan harta adalah Sunnatullah dan kewajipan atas manusia apabila berdepan dengannya adalah bersabar, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki." (Al-Ra‘d: 26)

Untuk keluar daripada kesempitan hidup, manusia dituntut sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah dan bertakwa dengan menunaikan kewajipan serta meninggalkan larangan-Nya. Firman Allah, “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dan dia akan diberi rezeki dari arah yang tidak pernah dia sangka." (Surah Al-Talaq: 2-3).

Ini kerana apa saja kesusahan yang menimpa adalah disebabkan dosa atau kezaliman manusia sendiri. Setiap mukmin harus memerhatikan iman terhadap Allah yang memberi rezeki, memohon ampun daripada Allah agar kesusahan itu diangkat dari mereka. Para Rasul dan umat terdahulu mengajarkan untuk memperbanyak istighfar supaya dimudahkan urusan dan diberi jalan keluar terhadap apa saja permasalahan.

Rasulullah mengatakan, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Ahmad) Nabi Nuh turut menasihati umatnya untuk beristighfar dan hal ini direkod dalam al-Quran, “Aku berkata, ‘Beristighfarlah kalian kepada Tuhan kalian kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Jika kalian selalu beristighfar) Dia akan menurunkan dari langit hujan lebat dan melapangkan untuk kalian kebun-kebun dan anak keturunan kalian." (Nuh: 10-11)

Allah berfirman, “Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa pasti Kami bukakan untuk mereka berkat dari langit dan bumi. Namun mereka mendustakan, maka Kami seksa mereka sesuai dengan dosa yang mereka kerjakan." (Surah Al-A’raf: 96)

Harus diingat bahawa Allah menetapkan rezeki, baik kesenangan mahupun kesempitan sesuai maslahat hamba-Nya. Boleh jadi harta kekayaan dan kesenangan akan menyebabkan seseorang itu lalai, leka, jauh daripada Allah dan sibuk dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Banyak kita perhatikan orang kaya yang membazir, tidak menunaikan zakat, terjebak dalam maksiat dan pelbagai perbuatan melampaui batas. Allah berfirman, “Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat." (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna.

Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram." (Sahih Riwayat Al-Hakim).

Maka jangan terlalu bingung atau menyalahkan pihak lain atas kesempitan, sebaliknya sikap mukmin adalah melihat kesalahan diri sendiri, memperbanyak taubat serta syukur atas nikmat dengan melakukan kebaikan dan membantu orang yang memerlukan. Dengan demikian moga-moga Allah angkat musibah dan tambahkan nikmat-Nya kepada kita. Menyalahkan orang lain tidak akan memperbaiki keadaan. Hendaklah kita berbaik sangka terhadap Allah yang Maha Memberi Rezeki.


Oleh: 
Fathul Bari Mat Jahya
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilmuwan Malaysia.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI LENGKAP BARISAN KABINET PM

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR 
(SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:
PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG

Monday, 19 November 2012

Aspirasi Bangsa: Siapa PAS nak hukum keIslaman orang lain!!

Aspirasi Bangsa: Siapa PAS nak hukum keIslaman orang lain!!: Ini akibatnya bila sampai mati pun tapi mahu pegang jawatan lagi.. Bukan setakat tu PAS pula menyamakan diri mereka sebagai nabi.. mana...

Tuesday, 13 November 2012

Kebebasan beragama mazhab Nurul Izzah

Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan MalaysiaBerita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satu langkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif di hadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kita lihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatan dengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini hanya menjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupun jelas Utusan Malaysia tidak bersalah kerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzah terus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkak berkata “Ya saya harap Jais panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut.” (Seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilah yang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktik menyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudah menjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi slogan Pakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog, bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengar betapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang memenuhi forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lepas, seolah-olah mereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agama mereka sendiri.

Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalah kenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sedangkan portal Malaysiakini adalah media pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkan amalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telah disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today dan laman web 1Christians. Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman MalaysiakiniFree Malaysia Today daniChristians juga? Sikap jumud sebegini jelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itu kepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memang benar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu.

Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzah seolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita ini menjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap sudut termasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa oleh ahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsi dan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat atau kata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti video atau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.
Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yang mempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idola mereka ini.

Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politik merbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yang dibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat membawa negara ini ke arah kemakmuran.

Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalah moral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yang selama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuah parti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demi sebuah penyatuan yang salah.


Siapa lagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahaman pluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anak beliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimana nilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?