Tuesday, 22 July 2014

ALHAMDULILLAH!! Malaysia & Kumpulan Pemisah Capai Persetujuan #MH17



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengesahkan telah mencapai beberapa persetujuan berkaitan MH17 dengan kumpulan pemisah di wilayah timur Ukraine. Ia termasuklah mengenai isu mengenai kotak hitam dan mayat mangsa.

Selepas berdepan pelbagai cabaran sukar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tengah malam tadi berkata, semua penumpang MH17 akan dibawa ke bandar Kharkiv di Ukraine sebelum diterbangkan ke Amsterdam dan seterusnya dibawa pulang ke negara masing-masing.

Bukan itu sahaja, malah dua kotam hitam pesawat MAS yang terhempas dipercayai ditembak jatuh itu juga akan diserahkan kepada Malaysia.

Datuk Seri Najib berkata, tindakan berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.
“Perkara pertama ialah kesemua mayat mangsa MH17 akan dibawa dengan keretapi ke Kharkiv, Ukraine dan diserahkan kepada wakil dari Belanda dengan ditemani enam wakil pasukan penyelamat Malaysia,” ujar beliau.
Najib berkata, 282 mayat tragedi itu yang sudah dikumpul kini di Torez (kawasan pemisah).
“Mayat kemudiannya diterbangkan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda dan selepas menjalankan kerja-kerja forensik, mayat warga Malaysia kemudiannya akan dibawa pulang negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Sri Perdana, awal pagi ini.
Katanya, dua kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine itu akan diserahkan oleh puak pemberontak kepada pasukan Malaysia di Donetsk pada 9 malam ini (waktu Ukraine).
Selain membawa segera keluar mayat dari lokasi tragedi dan menyerahkan kotak hitam, puak pemberontak juga memberi janji keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat termasuk dari Malaysia menjalankan kerja-kerja penyiasatan di lokasi kejadian.
Menerusi cara ini sahaja siasatan MH17 bermula, mangsa akan mendapat pembelaan sewajarnya dan kita perlu mengetahui mengapa pesawat ini terhempas serta siapa yang bertanggungjawab supaya keadilan dapat ditegakkan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dalam tragedi MH17.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH17 AGREEMENT
In recent days, we have been working behind the scenes to establish contact with those in charge of the MH17 crash site.
That contact has now been made. Under difficult and fluid circumstances, we have been discussing the problems that have occupied us all: securing vital evidence from the aircraft, launching an independent investigation, and above all recovering the remains of those who lost their lives.
Tonight, we have established the basis of an agreement to do just that.
Earlier this evening I spoke to Alexander Borodai, who is in command of the region where the tragedy occurred. We have agreed the following: 
Firstly, the remains of 282 people, currently in Torez, will be moved by train to Kharkiv, where they will be handed over to representatives from the Netherlands. The train will depart this evening Ukraine time, and will be accompanied by six Malaysian members of the recovery team. The remains will then be flown to Amsterdam on board a Dutch C130 Hercules, together with the Malaysian team. Following any necessary forensic work, the remains of Malaysian citizens will then be flown home to Malaysia.
Secondly, at approximately 9pm tonight Ukraine time, the two black boxes will be handed over to a Malaysian team in Donetsk, who will take custody of them.
Thirdly, independent international investigators will be guaranteed safe access to the crash site to begin a full investigation of the incident.
I must stress that although agreement has been reached, there remain a number of steps required before it is completed.
There is work still to be done, work which relies on continued communication in good faith. Mr Borodai and his people have so far given their co-operation. 
I ask that all parties continue to work together to ensure that this agreement is honoured; that the remains of our people are returned, that the black box is handed over, and that the international team is granted full access to the site.
Only then can the investigation into MH17 truly begin; only then can the victims be afforded the respect they deserve. We need to know what caused the plane to crash, and who was responsible for it, so that justice may be done.
In recent days, there were times I wanted to give greater voice to the anger and grief that the Malaysian people feel. And that I feel. But sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.
I understand that for the families, nothing can undo this damage. The lives taken cannot be given back; the dignity lost cannot be regained.
My heart reaches out to those whose loved ones were lost on MH17. We hope and pray that the agreement reached tonight helps bring them a clear step towards closure.
ENDS


No comments:

Post a comment