Wednesday, 5 February 2014

Opss!! Pak Nuar Berahim sudah intai tabung duit Kerajaan Negeri Selangor.



AIDCNews – 5/2/14 – Pusat Kesedaran Politik Malaysia (CPAM) berkata tujuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk akses tabung duit Kerajaan Negeri Selangor.

“Ketika belanjawan yang ketat, Anwar sekali lagi telah meletakkan kepentingan peribadinya di atas segala-galanya.

“Bermain dengan kuasa politik boleh menyebabkan kos pembayar cukai lebih RM4 juta ” kata Presiden CPAM Huan Cheng Guan kepada FMT hari ini.

Huan berkata Anwar kelihatan mensasarkan jawatan Menteri Besar untuk membolehkan beliau menubuhkan ‘tabung kewangan’ miliknya bagi membiayai kempennya pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi dia sibuk ‘menikam’ kawan-kawannya, sekutu-sekutunya dan tabung awam untuk mendapatkan hadiah yang dia telah didambakan seluruh hidupnya, kunci ke Putrajaya.”

Beliau berkata Anwar tidak mempedulikan kritikan sekutunya, bekas Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga yang mengutuk langkah Anwar bertanding di Kajang sebagai ‘tidak menggembirakan rakyat’ kerana ‘wang perlu dibelanjakan.’

Malah tegas Huan pemimpin PAS Selangor sendiri telah membayangkan bahawa parti itu tidak akan menyokong Anwar dalam sebarang tawaran untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Huan berkata PKR tidak jujur memaksa satu pilihanraya Kecil yang mahal tetapi mengkritik penarikan balik subsidi kerajaan dan menyalahkan Barisan Nasional berkaitan kos sara hidup yang meningkat .

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seperti Anwar, meletakkan kepentingan negara di atas berbanding dengan kepentingan peribadi.

Malah katanya, Najib telah melaksanakan langkah-langkah tidak popular untuk memastikan pemulihan ekonomi negara.

“Walaupun Perdana Menteri meletakkan negara dan rakyat didahulukan, namun Anwar hanya mengutamakan cita-cita mementingkan diri sendiri ,” kata beliau.

Sebelum ini, AIDCNews, 3 Feb mendedahkan motif utama Anwar di DUN Kajang untuk membolehkan beliau menggunakan dana kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri (PM).
Memetik sumber dari @salamreform’(Aktivis Reformasi), laman ini mendedahkan keberadaan Anwar di DUN kajang adalah sebahagian daripada ‘Projek Istanbul.’

‘Projek Istanbul’ adalah satu strategi yang ditiru daripada Recep Tayyip Erdoğan yang bertanding di peringkat negeri Istanbul terlebih dahulu (1994), menggunakan dana 4 billion dollar untuk mencapai populariti memenangi Perdana Menteri Turki pada tahun 2003.

Tuesday, 4 February 2014

Alasan Tidak Logik #TERESA COCK


Mudahnya Teresa Cock melafazkan maaf. Maaf yang tidak bermakna. Wajarkah video yang dialek dalam Bahasa Mandarin & Kantonis ditujukan kepada golongan yang faham? Alasan yang tidak logik apabila beliau mengatakan bahawa ianya untuk tujuan lawak jenaka sempena Tahun Baru Cina sedangkan ianya nyata berbaur sindiran. 

Mungkin selama ini kita sudah terlupa apa yang dilakukan oleh Teresa Cock. Kebenciannya terhadap Melayu dan Islam terserlah menerusi sikap kurang ajarnya mencerobohi Masjid Negara dan cuba menjadikan Masjid Negara sebagai simbolik kepada pemecahan orang Melayu-Islam di negara ini dengan sokongan terhadap kedatangannya secara kurang ajar iaitu dengan berkasut dan tidak menutup aurat. Begitu juga dengan kebenciannya terhadap tulisan Jawi, laungan azan, bacaan tahrim dan sebagainya yang menurutnya mengganggu pemandangan, mengundurkan kemajuan negara dan diskriminasi terhadap Cina. 

Teresa Cock memang mahu melihat Melayu marah. Teresa Cock memang mahu melihat lebih banyak laporan polis dibuat terhadapnya. Malah kalau boleh, Teresa Cock memang mahukan KEKASARAN FIZIKAL dibuat terhadapnya kerana semua itu akan mengundang simpati Cina dan Melayu Pakatan Rakyat kepadanya. Namun ada 

Tindakan TEGAS perlu diambil terhadap TERESA COCK. Usah dibiarkan lagi kerana Teresa Cock sebenarnya amat sedar, tindakannya menyiarkan klip video tersebut akan merangsangkan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Teresa Cock tidak akan peduli sama sekali dengan kemarahan Melayu kerana yang dia mahukan adalah sokongan Cina. Lebih ramai Cina yang akan menyokongnya berbanding menentangnya. Teresa Cock perlu diberi pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang cuba disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum.

Monday, 3 February 2014

Tindakan Jejas Nama Negara

KITA jangan lagi terjajah minda dan tingkah laku dengan budaya yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka akan senantiasa menyalahgunakan akan hak, kebebasan dan demokrasi sehingga sanggup menjejaskan hubungan diplomatik, imej dan kedaulatan negara serta kepentingan rakyat.

Mereka sanggup menjemput penjajah pihak luar mencampuri urusan negara kita yang berdaulat. Kita perlu mengambil iktibar daripada setiap perhimpunan dan demonstrasi yang pada awalnya menggunakan nama perhimpunan aman tetapi akhirnya menggadai keamanan rakyat dan negara.

Oleh sebab demonstrasi tanpa kawalan yang berlaku di negara jiran, Thailand akhirnya terpaksa diisytiharkan darurat. Jangan disebabkan kepentingan politik pihak tertentu dan juga segelintir masyarakat, akhirnya kepentingan 28 juta rakyat Malaysia terpaksa dikorbankan.
Demonstrasi di Taiwan

Pada April 2008 , seramai 700 pelajar Malaysia yang memakai baju kuning dan hijau di Taiwan telah mengadakan demonstrasi di Dewan Chiang Kai-sek. Demonstrasi itu bertujuan untuk menuntut pilihan raya bersih di Malaysia .

Pada masa yang sama , pelajar Malaysia di luar negara lupa bahawa rakyat ini sudah dibenarkan mengundi. Mengapa keterbukaan dan transformasi pilihan raya yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi tidak dilihat sebagai satu kesuburan demokrasi? Rakyat Malaysia perlu mengetahui hakikat bahawa, demokrasi yang membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi di luar negara sesuatu yang tidak pernah wujud selama 17 tahun Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan.

Demonstrasi di Singapura
Seramai 21 pelajar Malaysia di Singapura melancarkan demonstrasi di Merlion Park bagi menentang pilihan raya Malaysia yang didakwa tidak telus. Keadaan ini akhirnya menyebabkan mereka ditahan pihak berkuasa Singapura. Hal ini disebabkan, tuduhan dan fitnah pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh bahawa terdapatnya isu pengundi hantu selain isu blackout dalam memanipulasi keputusan pilihan raya. Namun begitu, isu ini akhirnnya terbukti tidak benar dan hanya disebarkan oleh Red Bean Army dan pemimpin pakatan pembangkang.

Puluhan ribu penyokong pakatan pembangkang yang menyertai perhimpunan blackout tidak ditahan di Malaysia tetapi hanya 21 orang yang berdemonstrasi di Singapura pula ditangkap. Oleh itu, adakah Malaysia benar-benar merupakan sesebuah negara yang anti kebebasan dan demokrasi seperti yang didakwa oleh mereka?

Petisyen Pilihan Raya kepada Obama
Kita masih ingat 220,000 ribu rakyat Malaysia selepas PRU-13 telah menghantar petisyen kepada Presiden Barack Obama bulan Mei 2013. Adakah Malaysia sebuah negara yang berdaulat akan tunduk kepada kuasa asing yang cuba campur tangan dalam urusan negara kita? Sebarang bentuk bantuan yang diminta oleh penyokong pakatan pembangkang terhadap pihak asing merupakan satu langkah penjajahan asing secara terbuka. Namun begitu, pada bulan Oktober 2013, Obama telah memuji Malaysia sebagai sebuah negara model dunia dari segi demokrasi, toleransi dan kemajuan melalui Setiausaha Negara, John Kerry.


Demonstrasi Pemuda Parti Keadilan Rakyat terhadap Jepun
Pada 21 Januari lepas, sekumpulan anggota pemuda PKR diketuai, Shamsul Iskandar telah membakar bendera Jepun dan melancarkan demonstrasi di hadapan kedutaan Jepun. Penyokong Anwar ketika itu bersama Red Bean Army di alam maya pula melancarkan kempen boikot barangan Jepun, hanya kerana beliau ditahan daripada memasuki negara itu. Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak bertamadun berikutan tindakan membakar bendera Jepun hanya disebabkan oleh seorang rakyat Malaysia tidak memahami prosedur dalam isu ini. Anwar sendiri tidak mematuhi prosedur memasuki negara Jepun tanpa memohon kebenaran khas yang termaktub dalam Akta Kawalan Imigresen Jepun.

Individu dan selebriti terkemuka seperti Sir Paul McCartney, Bobby Fischer, Paris Hilton dan Russell Brand juga pernah ditahan kemasukan mereka tetapi tiada sebarang bantahan oleh peminat mereka, apatah lagi membakar bendera serta berkempen memboikot produk Jepun. Pada pandangan penyokong dan ahli pakatan pembangkang, kekebalan Anwar itu lebih penting daripada kedaulatan negara Jepun.


Demonstrasi terhadap Australia
Pada 22 Januari lepas, bekas calon DAP di Parlimen Bentong pada PRU-13, Wong Tack telah membawa sekumpulan rakyat Malaysia mencerobohi Majlis Hari Australia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pencerobohan ini disebabkan penentangan mereka tentang isu Lynas di Kuantan. Kekecohan ini akhirnya terpaksa dileraikan oleh Pengurus Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia, Llyold Laughlin. Sifat hipokrit ini sekali lagi terpancar apabila Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Dr. Che Rosli Che Mat berpendapat bahawa Lynas bukanlah loji nuklear seperti didakwa oleh pihak pembangkang dan ia adalah selamat.

Oleh itu, sekiranya Wong Tack dan DAP ikhlas menentang Lynas maka mereka perlu terlebih dahulu melancarkan demonstrasi terhadap kepimpinan dan parti Pas terlebih dahulu. Tambahan pula, pada 1 Mei 2013, Penasihat Tenaga White House, Jack Lifton mengukuhkan lagi kenyataan bahawa Lynas adalah salah satu fasiliti yang selamat jika dibandingkan kilang yang sama di seluruh dunia.


Shen Yee Aun
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140202/re_12/Tindakan-jejas-nama-negara#ixzz2sGkvrvsw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

02 Februari 2014

Siapa LKS utk mempertikaikan??




DAP SUDAH MULA PERTIKAI AYAT SUCI AL-QURAN

Hebat puak-puak DAP ni..sampai ke teks khutubah jumaat pun mereka pantau..Yang puak-puak PAS pula apa cerita..tak kan nak biarkan DAP sewenang-wenang pertikai maksud ayat suci Al-Quran yang disampaikan dalam khutubah Jumaat...

Anggota Parlimen Penampang Darell Leiking menuntut siasatan terhadap Jakim dibuat kerana dalam khutubah Jumaat yang disampaikan terkandung terjemahan ayat dari Surah Al-Baqarah yang berbunyi :

 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
Darell berkata dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini, yang jika dibiarkan berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini.

Manakala Lim Kit Siang pula dilapor melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat itu yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Kit Siang berkata teks khutbah itu amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan..

Kita nak lihat apa kata puak-puak PAS mengenai perkara ini..Adakah mereka akan bersetuju dengan DAP atau mereka akan pertahankan isi kandung khutubah jumaat yang bertajuk "Manhaj Islami dalam perpaduan ummah"..

Jangan dibiarkan kenyataan kenyataan sebegini berterusan. Ianya jelas sekali mencabar dan mahu menguji sejauh mana kesabaran umat Islam Malaysia. Wajib ditahan !!! 

JDT oh JDT...


NUKILAN DARIPADA SEORANG PEMERHATI SUKAN

Nasib JDT jadi mangsa konspirasi 
=====================

Zaman kegemilangan sukan bola sepak tanah air pernah menyaksikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan SukanOlimpik Moscow 1980. 

Begitu hebat Malaysia pada waktu itu hinggakan pasukan bola sepakberstatus seperti dunia Jepun dan Korea Selatan turut mengeruni pasukan ini di era tersebut. 

Namun kemegahan itu tidak lama kerana selepas tiga abad berlalu,secara perlahan-lahan Jepun dan Korea Selatan meninggalkan Malaysia jauh keterbelakang daripada segi kualiti, mutu dan gaya permainan. 

Situasi itu kerana dua negara terbabit telah mengorak langkah menerapkan corak permainan moden dan profesional dalam liga masing-masing. 

Liga Jepun dan Korea Selatan berubah daripada budaya permainan yangsemata-mata bergantung kepada aspek fizikal pemain kepada permainan penuh taktikal serta strategi. 

Budaya Liga Malaysia pula kekal ditakuk lama dengan mengamalkan budaya permainan kasar, bola melambung-lambung, menghantar terus bola bahagian atas untuk direbut beramai-ramai oleh pemain denganharapan nasib menyebelahi. 

Cukup mengelikan hati apabila pendokong bola sepak Malaysia yang mendakwa diri mereka pakar sukan bola sepak menyifatkan corak permainan `kuno' itu sebagai kelas dan hebat.

Natijahnya, pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia seronok sendiri dalam liganya sendiri hingga tahun 2012 tanpa dunia mempedulikan. 


Kemunculan JDT
--------------
Selepas bertahun-tahun BUDAYA permainan hambar diamalkan dalam liga Malaysia, tiba-tiba liga ini kembali mendapat perhatian antarabangsa gara-gara kemunculan JDT hasil penjenamaan semula dilakukan Tengku Mahkota Johor ke atas pasukan itu sejak tahun lalu. 

Pasukan bola sepak selatan tanah air dengan jolokan Harimau Selatan itu dilihat serius mahu membawa pembaharuan dalam liga Malaysia bagi mempertingkatkan martabat kekampungan liga Malaysia kepada martabat profesional dan moden. 

Pelaburan jutaan ringit dibuat sejak tahun lalu untuk memastikan hasrat itu tercapai dengan mengubah infrastruktur Stadium Larkin supaya menjadi stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

JDT turut menjadi pasukan pertama di Malaysia berjaya menarik pemain profesional bertaraf antarabangsa iaitu Pablo Aimar (kiri) dan Luciano Figueroa Pablo Aimar selain mengumpulkan pemain-pemain ternama tanah air dibawah satu bumbung pada musim ini. 

Pengurusan JDT yang diketuai Tengku Mahkota Johor pastinya berhasrat kemahiran dan corak permainan profesional Aimar dan Figueroa kelak mempengaruhi corak permainan pemain tempatan apabila mereka bermain bersama-sama dalam sebuah pasukan. 

Bagaimanapun, akibat gara-gara tidak mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media, pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.

Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012(PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda. 

Lebih teruk pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `lisence' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.

Keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkang corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional. 

Malah, pemain profesional dunia seperti Aimar turut mempersoalkan perkara itu hingga mendapat liputan meluas media luar negara - berdasarkan peraturan FIFA pengadil dikehendaki melindungi pemain bertaraf bintang kerana mereka golongan berisiko dianiaya atau dicederakan di atas padang. Itu tidak berlaku dalam liga Malaysia.

Semalam sekali lagi menyaksikan pasukan JDT dianiaya apabila pasukan lawan dengan sengaja enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin selepas menyedari penguasaan penuh JDT dalam perlawanan terbabit sewaktu JDT mendahului mereka 2-1. 

Dakwa pasukan lawan, berlaku pertelingkahan antara jurulatih dan mereka enggan meneruskan permainan disebabkan hal itu - cukup remeh alasan tersebut kerana pertelingkahan mulut antara jurulatih mahupun pemain sewaktu perlawanan lumrah dalam permainan bola sepak di seluruh dunia. 

Berdasarkan peraturan FIFA, JDT perlu mendapat KEMENANGAN PERCUMA memandangkan pasukan lawan menarik diri semasa permainan berlangsung. 

Malangnya, Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri dengan bersahaja memaklumkan bahawa perlawanan itu cuma ditangguhkan. Jelas FAM mahu membantu mengelakkan pasukan lawan tumpas kepada JDT malam semalam.

Desas-desus mula tersebar tentang teori konspirasi untuk memastikan JDT kecundang teruk pada persaingan tahun ini bagi mengaibkan usaha TMJ berikutan bimbang dengan pemilihan pucuk kepimpinan FAM pada tahun ini. 

Sudah tiba masa Menteri Belia dan Sukan memantau dan menangani perkembangan negatif ini kerana usaha JDT mewujudkan budaya permainan bertaraf antarabangsa dan moden di Malaysia pasti terhalang sekiranya isu iri hati dan hasad dengki ini tidak diatasi segera.

Penulis difahamkan kebanyakan wartawan sukan di Malaysia pula amat fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing dan terlalu bimbang kemuncukan JDT menggugat peluang pasukan kesayangan mereka menguasai Liga Malaysia. 

Sikap tidak profesional wartawan sukan Malaysia terbukti melalui beberapa insiden berlebihan seperti kenyataan-kenyataan berbaur provokasi yang sering dilemparkan oleh pengulas sukan bagi memburuk-burukkan kredibiliti TMJ dan pasukan itu. 

Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan peribadi ramai wartawan sukan melalui akaun Facebook mereka yang terus menerus memperlekehkan dan mempertikaikan TMJ dan sebarang perkara yang membabitkan pasukan itu.

Laporan akhbar pula memutar belit kenyataan pengurusan JDT dan menyiarkan artikel bagi niat memberi imej buruk kepada pasukan itu.

Kini semua pihak menunggu keputusan FAM berhubung tindakan pasukan lawan JDT menarik diri semasa perlawanan sedang berlangsung di Stadium Larkin semalam. 

Namun, penulis yakin keputusan itu nanti sekali lagi tidak menyebelahi JDT - Nasib JDT kerana jadi mangsa konspirasi dan iri hati. 

NOTA: Artikel ini pandangan peribadi penulis daripada Melaka - tiada kena mengena dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Kredit: Abangwan OK

Komuniti Cina di Negara Ini Harus Kutuk Perbuatan Teresa Kok


Teresa Kok bukanlah antara pemimpin DAP yang suka sangat bikin bising macam Tony Phua yang sentiasa cuba cari publisiti murahan.
Bagaimanapun, dalam diam, ahli Parlimen Seputeh itu sudah jadi pelakon.
Cuma lakonan sebagai moderator bersama tiga watak lain seperti dipaparkan melalui You Tube pada malam sambutan Tahun Baru Cina (CNY) amat kurang ajar dan biadap.
Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu beliau mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak kira dari parti mana pun, apabila sampai hari perayaan elemen positif harus di ketengahkan.
Teresa Kok memilih untuk menimbulkan lebih banyak masalah bukannya membantu menyelesaikan masalah.



Beliau langsung tidak memikirkan memikirkan sensitiviti ketika rakyat Malaysia menyambut Tahun Bahu Cina.

Pendedahan : Anwar Bertanding Di Kajang, ‘Blueprint Projek Istanbul

AIDCNews – 1/2/14 – Seorang pemberi maklumat menghantar email mendakwa rancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebahagian daripada ‘blueprint Projek Instabul.’ 

“Rujuk twitter ‘salamreform‘, anda akan dapat jejak modus operandinya,”katanya. 

Dalam twitter ‘salamreform’ seorang bernama ‘Aktivis Reformasi,’ mendedahkan apa yang berlaku dalam politik PKR mutakhir ini adalah sebahagian daripada ‘blueprint Projek Instabul’ yang telah dibentangkan dalam mesyuarat inner circle Anwar beberapa minggu sebelum ini. 

"Blueprint "Projek Istanbul" dibentang beberapa minggu lalu kepada inner circle Anwar". 

Jelasnya lagi, “Projek Istanbul bakal menjadi tunggak strategi pertama Anwar untuk tawan Putrajaya..Tunggak utama “Projek Istanbul” ialah menjana dana parti dan pentadbiran negeri Selangor.” 

‘Projek Instanbul’ terang ‘Aktivis Reformasi’ adalah strategi yang ditiru daripada Recep Tayyip Erdoğan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 2003. 

“Mengapa Anwar tanding DUN Kajang? Rujuk sejarah Erdogan jadi Mayor Istanbul untuk selesai masalah air dan sampah,” katanya. ‘Aktivis Reformasi’ turut memberikan rujukan projekistanbul.wordpress.com yang mendedahkan dua artikel bertajuk “PROJEK ISTANBUL” dan “AZMIN DIPERBODOHKAN – RAFIZI DIPERALATKAN UNTUK #PROJEKISTANBUL.” 

PROJEK ISTANBUL
  1. Semenjak kekalahan PRU13 menyentap Anwar Ibrahim kedunia realiti, dia menjadi semakin resah kerana telah kurang mendapat sokongan dari pihak asing. Ini kerana semenjak 1998 lagi beliau telah menjanjikan bahawa PKR dengan berbonekan DAP dan PAS sudah boleh menawan Putrajaya. Sampai 2014, Anwar masih ketua pembangkang dan makin bermasaalah pentadbiran parti PKR. Setelah kehilangan sejumlah besar penyokong dari Indonesia gara-gara kemarahan Yusuf Kalla, Anwar Ibraahim berasa terpinggir dan terjerumus dalam depressi hingga mengambil peluaang untuk perawaatan botox untuk menggembirakan hati. 
  2. Dalam kerunsingan yang beliau bukan lagi tunggak pembangkang, kerana pimimpin DAP yang jauh lebih muda seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan yang lain makin lantang dan dikenali, di PKR sendiri bintang Rafizi dan Nik Nazmi makin pudar. Tan Sri Khalid pula mengorak langkah positif dengan pentadbiran Selangor tanpa campur tangan Anwar. Selepas Khir Toyo, Selangor dibawah pimpinan kera pun akan maju, dan Tan Sri Khalid bukan kera. Dia adalah ahli korporat yang handal, dan pernah berperanan membawa Guthrie dan Sime Darby ke Malaysia ketika ‘Dawn Raid’ yang dirancang Tun Dr Mahathir. 
  3. Anwar masih dikelilingi isu personal dan isu liwat belum selesai. Dia mula bercatur. Azmin makin disisih oleh Faeqah dan inginkan ‘takhta’ MB Selangor. Khalid sudah tidak pedulikan kata Anwar dan hanya mahu mentadbir Selangor. Faeqah makin sombong sampai 6 bulan dah tak bercakap dengan Wan Azizah. Rafizi mula salah langkah dan mengeluarkan kenyataan yang lebih berunsur politik dari berunsurkan sifat beliau dahulu yang lebih strategik. 
  4. Anwar lebih menghabiskan masa di Indonesia sambil berfoya dengan Gunawan M, pengasas koran Tempo. Dia asyik bersembunyi di Four Seasons Jakarta, dan bersubahat dengan Kelab Pakatan Jakarta untuk menjatuhkan Zahrain yang tahu selok belok Anwar di Jakarta dan teman teman joli yang sering mengerumuni beliau. Dia nekad, perlu ada strategi baru. Enter, Rafizi. 
  5. Rafizi mencadangkan supaya Anwar menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya. Sebagai orang yang pandai study tapi tidak ada original idea sendiri, Rafizi menyelidik dari mana inspirasi (dan ciplak) akan datang. Sampailah dia di Istanbul dan strategi Recep Tayyip Erdoğan yang menawan Istanbul tahun 1994 dan menggunakan dana dari pelaburan 4billion dollar, projek awam dan pembinaan infrastruktur untuk menabung dana parti dan dana populariti untuk menjadi Perdana Menteri Turkey, selepas dipenjarakan pada tahun 1999. 
  6. Dengan itu, Anwar mengeluarkan kertas kerja Projek Istanbul, enam bulan lalu yang salah satu milestone ialah untuk Anwar menjadi MB Selangor. Tapi, Khalid nak diletakkan dimana? Tak mungkin Khalid akan berundur dengan begitu mudah. Nak minta tolong Wan Azizah pun susah, kerana semenjak rapat dengan Khalid, Faeqah sudah mula menjaugkan diri dari Keluarga Puaka ini. Salah satu caranya ialah melagakan Azmin dengan Khalid dan mengambil alih tempat Khalid ‘untuk parti’ dan menggunakan dana Selangor untuk menawan Putrajaya. 
  7. Itulah, secara am, Projek Istanbul. 

AZMIN DIPERBODOHKAN – RAFIZI DIPERALATKAN UNTUK #PROJEKISTANBUL
  1. Semenjak Yusuf Kalla menarik diri dari apa saja perbualan strategi atau kewangan dengan Anwar Ibrahim, dan penarikan dana dari sponsor yang telah memberi kata putus sebelum kekalahan PR di PRU13, Ketua Pembangkang Malaysia ini semakin runsing. Bila bulan penuh saja, dia bagai meroyan, dan mencari ubatnya. 
  2. Anwar bukan orang yang bersahaja menerima kekalahan. Sejurus lepas Rafizi pulang dari Umrah, Anwar memanggil Rafizi dan mengarahnya mencari solusi. “I don’t want to hear the problems. What I want is the solution and it must not fail” ujar Anwar. 
  3. Rafizi yang sekarang sedar bos ‘is not a man focused on details’ mula menggelabah. Pengarah Strategi PKR ini pun mengumpulkan minda terbaik PKR, termasuk Nik Nazmi, Tian Chua (tak berapa bijak dan dipercayai informant CIA) dan Elizabeth Wong (bekas girlfriend Farish Noor dan suka di ikat dan mengikat sesama sendiri) untuk idea. Ternyata Eli seorang yang bijak dan berpengetahuan dalam arena politik. Beliau menyebut Erdogan dan sukses bandar Istanbul yang melonjakkan Erdogan ke jawatan Perdana Menteri Turki. 
  4. Rafizi kemudian mengingatkan bosnya tentang Erdogan, yang menurut Anwar Ibrahim adalah insan yang seperti beliau, dipenjarakan dan kemudian menjadi Perdana Menteri. Selepas outline strategi itu dibahaskan (Anwar meniyakan saja semua kenyataan Rafizi), Anwar bertanya, “Will Khalid Play?” “No, he’s happy with the State” jawab Rafizi dengan pantas. “So how do we get the money if Khalid and Faeqah won’t play?” tanya Anwar. Rafizi senyap, memandang keliling ruangan pejabat Anwar dan mejanya yang kosong saja.“You could ask Azmin to do something, he hates Khalid” kata Rafizi, hampir berbisik. “Yessss” jawab Anwar, sambil senyum kambing. 
  5. Anwar sengaja menghantar orangnya untuk membakar Faeqah untuk mempercayai yang Wan Azizah kecil hati dengannya atas sebab yang kecil. Walaupun rapat dengan isteri Anwar ini, Faeqah sekarang berkuasa dan mempunyai pengaruh luas. Dia berfikir, kalau ada masaalah biarlah Wan Azizah saja yang call. Dia nekad akan menyelesaikan masaalah ini, tapi Khalid jenis orang yang mencari kerja, jadi Faeqah menjadi semakin sibuk. 
  6. Didalam keadaan beginilah Anwar hantar jarum. Ada yang rapaat dengan Faeqah ini dibayar sejumlah wang dan diberi ‘entertainment’ untuk mengapikan Andartu yang sentiasa dengan bosnya. Konon Azmin nak jadi MB dan salah satu caranya ialaah melalui dana PKNS. 
  7. Faeqah ni samurai. Dia membawa perkara ini keperhatian Khalid. Mengamuk orang tua tu sampai rambut jadi lurus. “Kick him out!” jerit Khalid, yang sudah muak dengan perangai spoilt-brat Azmin ini. 
  8. Bermulalah krisis dalaman yang menular hingga akan membazir wang rakyat untuk pilihanraya kecil Kajang. Tapi, bukan Azmin yang terkam. 
  9. Here comes the hero. Anwar Ibrahim. Azmin berasa Anwar hendak menyelamatkan situasi buat dirinya. Tapi semua telah tersurat, dan Rafizi lah salah satu dalangnya. Bulan October 2013 lagi Anwar dah ke Istanbul untuk bertemu Erdogan dan mengkaji strategi. (lihat sendiri disini buktinya). 
Kesian Azmin. Dah lama kau ditikam. World class punya tikaman. 

‘Aktivis Reformasi’ turut memberikan satu lagi laman anwarinsider.wordpress.com yang menceritakan kisah yang hampir sama perkaitan Anwar bertanding di Kajang dengan Projek Instabul. 

Laman itu memuatkan empat artikel bertajuk “Part 1 – Anwar dan Anak Emasnya,” “Part 2 – MB Khalid dan “Timbalan MB”, “Part 3 – Anwar Ibrahim dan Rancangan Jambunya” dan “Part 4 – Projek Istanbul.” 

Part 4 – Projek Istanbul 
Projek Istanbul. Itulah nama rancangan besar untuk merampas Putrajaya dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dinamakan Projek Istanbul sebab Anwar cukup minat dengan Turki. Samada terdapat penglibatan orang Turki dalam projek ini, wallahu’alam. 

Untuk memastikan Projek Istanbul ini berjaya, kenalah ada duit. Anwar asyik tekan MB Khalid untuk salurkan duit negeri ke dalam parti, tetapi Khalid enggan. Anwar tahu, Selangor ada RM3 bilion, cukup untuk belanja Projek Istanbul, tapi kunci peti besi, Khalid yang pegang. 

Jadi, Anwar kena buka langkah. Bermula dengan pilihanraya kecil yang bakal berlaku di Kajang. 

Anwar mesti jadi MB. Bila Anwar dah jadi MB, barulah boleh pegang kunci peti. Bila dah pegang kunci, duit negeri Selangor boleh jadi duit Projek Istanbul. 

Kalau Anwar tak boleh masuk jadi MB, Rafizi boleh ganti. 

Jadi, MB Khalid yang buat kerja dan mendapat sokongan rakyat mesti disingkirkan. Pedulilah apa kata rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Dalam kepala Anwar, sudah set. Duit negeri Selangor dan duit parti, sama saja. Dan kalau duit itu dah jadi duit parti, maka bolehlah dibelanjakan sesuka hati. 

Pilihanraya kecil di Kajang bukanlah untuk menguatkan PR, jauh sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat. Pilihanraya kecil di Kajang hanyalah satu langkah dalam agenda Projek Istanbul. 

Sekarang bukanlah masanya untuk orang Melayu, Cina dan India bertelagah. Inilah masanya untuk kita menilai Anwar Ibrahim dengan sejujurnya. Anwar hanyalah seorang lelaki yang mabuk kuasa dan sanggup melakukan apa saja untuk menjadi Perdana Menteri. 

Kita akan terus mendedahkan fakta yang akan menunjukkan wajah sebenar Anwar Ibrahim dan keluarganya. Mereka hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap, dan mungkin akan terus melakukan salah. 

~AIDCNews~