Thursday, 17 April 2014

Takziah!! Karpal Singh Maut Kemalangan

Takziah kepada @GobindSinghDeo dan seluruh ahli keluarga YB Karpal Singh s/o Ram Singh serta seluruh warga Pakatan Rakyat. Peguam dan ahli politik merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari parti DAP ini meninggal dunia akibat kemalangan di KM301.6U (Gua tempurung) pada jam 1.00 pagi 17 April 2014.

Karpal Singh maut ditempat kejadian bersama seorang lagi bernama C Selvam manakala 2 penumpang lagi cedera parah. 





Butir kemalangan ianya bermula apabila sebuah MPV jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran KS 9898 dilaporkan melanggar bucu sebuah lori bernombor pendaftaran WTL 9909 yang melalui lorong kiri.

Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Ringkasan Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Semoga kita semua dapat menghormati mendiang Karpal Singh yang telah terkorban. Walaupun beliau dikerusi pembangkang itu bukan alasan untuk kita mencaci atau mempolitikan perkara ini. Kehilangan besar ini dapat dirasai kerana Karpal Singh boleh dikatakan berprinsip dan jujur dalam perkataan beliau walaupun kadang kala tidak senada dengan PAS dan PKR.



Salam Takziah kepada keluarga mangsa di atas kehilangan dan berita menyedihkan ini. 




Monday, 14 April 2014

Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

14 April 2014
12 tengahari 
DEWAN NEGERI JOHOR NUSAJAYA JOHOR  

Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor daripada Dato' Obit bin Tawil (Mantan SUKJ) kepada YBhg Tn Hj Ismail Bin Karim (SUKJ baru) di saksikan oleh YAB Menteri Besar Johor. 




Friday, 11 April 2014

Kenyataan Datuk Zahid diputarbelitkan

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DALAM NEGERI

ISU PEMEGANG PASPORT BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC)

1. Menteri Dalam Negeri Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi mengeluarkan kenyataan berikutan dakwaan oleh beberapa pihak mengenai perkara di atas. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.

2. Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Y.B. Ng Wei Aik bertarikh 3 April 2014 yang telah disalah ertikan. Sehingga 11 April 2014, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukan taraf kewarganegaraan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

3. Perlu ditegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada Negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

4. Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan mereka memohon dan dipertimbangkan sebagai warganegara United Kingdom. Kebanyakan daripada mereka sehingga kini menetap di United Kingdom dan masih menunggu keputusan dari pihak Kerajaan United Kingdom bagi permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom.

5. Pada 4 Julai 2002, Kerajaan United Kingdom telah meminda British Nationality Act 1981 (BNA 1981). Berdasarkan kepada pindaan tersebut, seseorang pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

6. Berikutan pindaan tersebut, Kerajaan United Kingdom tidak lagi mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom oleh pemegang pasport BOC dari Malaysia yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia selepas 4 Julai 2002. Dengan demikian, pemegang pasport BOC berkenaan tidak mempunyai pilihan selain dari pulang secara sukarela ke Malaysia atau bakal berdepan dengan tindakan ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Kerajaan United Kingdom.

7. Kerajaan United Kingdom telah mengemukakan usul pada April 2011 untuk menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia. Setelah dikaji dan diadakan beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia memberikan cadangan balas sepeti berikut:

a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC. Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.

b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.

c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.

 d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan

e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.

 8. Secara keseluruhannya Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menerima semula kerakyatan pemegang passport BOC sebegitu mudah seperti yang disebarkan di media. Malah Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan mengikut prosedur-prosedur yang digariskan kerajaan Malaysia.

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
11 April 2014

Thursday, 10 April 2014

TANGKAPAN PERTAMA DI SABAH, JADIKAN IA PENGAJARAN BERSAMA




Beringat-ingat ketika mengemaskini status anda di laman sosial. 
Tiada yg menghairankan jika maklumat tidak berkenaan tetiba muncul. Jika benar ia umpat. Jika tidak benar itu namanya fitnah. Selagi ada manusia yang tidak menyedari wujudnya KUASA BESAR ke atas seluruh manusia. Selagi itu  itulah  perbuatan berkenaan akan muncul di mana sahaja bukan setakat di alam maya.. aktiviti harian juga.


Pengguna FB Norita Salamah (status fb yang menjadi punca penangkapan itu berlaku ada di gambar atas
A) BFT/RPT/1590/14 BERTARIKH 09.04.14 JAM 1312 HRS, DI SIASAT DIBAWAH : SEK 233(1) AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, SEK 505(b) KK, IO KES : INSP G17534 SUDIRMAN SULAIMAN


B) PENGADU: NORWATI BINTI AWANG, P/ 33 THN, B/BISAYA, K/POLIS TRAFIK IDP BEAUFORT, ALT/ NO 104, TAMAN SRI PANGLIMA, 89807 BEAUFORT, SABAH

C) TANGKAPAN: 1) N/NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN, KP/ 861202-12-5026, P/28 THN, K/ PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) BEAUFORT, SABAH

D) RAMPASAN :
1/ 1 BUAH H/PHONE SAMSUNG (S4), 
2/ 1 MONITOR KOMPUTER JENAMA DELL
3/ 1 BUAH CPU KOMPUTER JENAMA DELL
4/ 1 BUAH KEYBOARD JENAMA DELL
5/ 1 BUAH TETIKUS JENAMA DELL
6/ 3 KABEL KOMPUTER WARNA HITAM
7/ 1 KABEL INTERNET WARNA PUTIH
8/ 1 SOKET WARNA PUTIH


E) FAKTA KES :
PADA 8.4.2014 JAM LEBIH KURANG 9.00 MALAM, BERTEMPAT DI RUMAH PENGADU DI NO 104, TAMAN SRI PANGLIMA BEAUFORT, SABAH, PENGADU ADA TERBACA STATUS DARI LAMAN SOSIAL ''FACEBOOK'' YANG DIDAFTARKAN ATAS NAMA "NORITA SALAMAH ZAMAN" TELAH MENYEBUT ''ANJING2 PUTIH C NAJIB'' YANG MERUJUK KEPADA ANGGOTA TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA. MELALUI STATUS INI, PENGADU MERASAKAN KREDIBILITI DAN REPUTASI PENGADU SEBAGAI SEORANG ANGGOTA POLIS TELAH TERCALAR. PENGADU JUGA MERASAKAN TUGAS SEBAGAI ANGGOTA POLIS KHASNYA TRAFIK AKAN DIPANDANG SERONG JIKA PERKARA INI DIBIARKAN TANPA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL. LAPORAN DIBUAT UNTUK TINDAKAN POLIS DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA SELANJUTNYA.
HASIL SIASATAN MENDAPATI, PENGADU MERUPAKAN SEORANG ANGGOTA POLIS CAWANGAN TRAFIK IPD BEAUFORT BERPANGKAT SARJAN. PADA 08/04/2014JAM L/KURANG 2100HRS, SEMASA MEMBUKA LAMAN SOSIAL FACEBOOK, PENGADU TERBACA STATUS DARIPADA PEMILIK AKAUN FACEBOOK BERNAMA "NORITA SALAMAH ZAMAN" YANG BERTULIS "jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu tali pinggang keledar". STATUS LAIN ADALAH "TRAFIK PAPAR CARI DUIT CARA KEJI"..Bodo ke bangang trafik papar, blh2 saman laju d kwsn lorong memotong jln bongawan tu. laju 90km/h.sdh la x signboard had laju, gulung blik la tu jln 3 hala. gila ka mau suru org memotong tp laju 90 ja d sana. nmpk sgt cara perangkap org tu. buat jln 3 hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tp x blh laju lbh 90. siapa2 mau lalu jln tu blh siap2 bw batu ka apa2 ja yg blh baling kepala otak trafik yg jaga d sna. sbb bangang sgt...KEMUDIAN PADA 09/04/2014PENGADU MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS BEAUFORT.

PADA 09/04/2014 JAM L/KURANG 1700 HRS, SEPASUKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JSJ IPD BEAUFORT TELAH MEMBUAT TANGKAPAN KEATAS SASPEK DALAM KES INI DI PEJABAT AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) BEAUFORT, TINGKAT BAWAH, BANGUNAN URUSETIA DAERAH, BEAUFORT. TURUT DIRAMPAS ADALAH H/PHONE JENAMA SAMSUNG S4, DAN SATU SET KOMPUTER JENAMA DELL MILIK AADK BEAUFORT YANG DISYAKI DIGUNAKAN OLEH OKT SEMASA MEMUAT NAIK STATUS BERKENAAN DIINTERNET. OKT MERUPAKAN 1/P, BERUMUR 28 TAHUN, TELAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK PEREMPUAN BERUMUR 8 TAHUN. OKT TELAH BEKERJA DI AGENSI DADAH KEBANGSAAN SELAMA 5 TAHUN DENGAN JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH. OKT MENGAKU TELAH MENULIS STATUS BERKENAAN KERANA TIDAK PUAS HATI DENGAN POLIS TRAFIK KERANA TELAH MENDAPAT SURAT SAMAN "SPEED TRAP" DI JALAN BONGAWAN - PAPAR SEMASA MELALUI JALAN TERSEBUT PADA 17/03/2014. TANGKAPAN KINI DITAHAN DILOKAP IPD BEAUFORT DAN AKAN DIREMAN. SIASATAN DITERUSKAN.

E) TINDAKAN :
1. RAKAMAN PERCAKAPAN PENGADU TELAH DIBUAT
2. TANGKAPAN DAN RAMPASAN BARANG KES
3. OKT AKAN DITAHAN REMAN


Ps: Setiap pengamal media sosial harus mengetahui sedikit sebanyak undang2 ianya menjadi benteng utk tdk dikenakan tindakan undang-undang. Walau akaun tu hak pribadi tetapi ia tak seperibadi manapun jika dikongsi baca oleh pengguna lain. Kemungkinan pembaca itu adalah individu yang ditujukan semasa status dikemaskinikan. So.. fikir dulu sebelum bertindak. Bertindak semasa beremosi tak sama dengan tindakan selepas berfikir

Penangkapan ini bukan menyekat kebebasan bersuara. Bersuara dibolehkan tetapi kena pada tempatnya. Kalau disaman sekalipun, andai tidak puas hati boleh kemukakan teguran terus kepada pihak berkaitan. Kalau takpun, minta nasihat dari panel perundangan. Kalau merasakan situasi itu menindas dan dapat dibuktikan, tak salah failkan saman balik.
Sharing is caring. Pengalaman untuk diri sendiri dan rakan-rakan juga.

Sumber : FB Dang Suria  https://www.facebook.com/suria.salleh.3?fref=ts

Tuesday, 8 April 2014

#EdisiSiasat - Penjualan tanah Canal City yang meragukan



Penjualan tanah Canal City di Kuala Langat meragukan.




Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.

1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar kepada Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.

2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.

3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:

a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.

c- Baki RM458.26 juta adalah 5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.

4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.

5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.

6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.

8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.