Thursday 8 October 2015

Mudahnya Generasi Muda Terpengaruh dengan Fitnah Yang Disensasikan - DARD

PUTRAJAYA – Generasi muda perlu lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu berita sensasi yang masih belum tentu kesahihannya ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata adalah ironi bagaimana fitnah terhadap kerajaan dalam isu TPPA lebih mudah tersebar berbanding berita-berita pembangunan negara yang diusahakan kerajaan selama ini.
Rahman Dahlan merujuk kepada fitnah yang tersebar di laman Facebook pro pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sudah menandatangani perjanjian TPPA tanpa membahaskannya di parlimen. 
“Itu adalah naluri manusia, namun generasi muda perlu mendisiplinkan diri supaya tidak mudah tertipu dengan fitnah yang disensasikan, jangan mudah percaya dengan berita sensasi yang tersebar di media sosial.” Ujar beliau
Beliau berkata jika generasi mempunyai persoalan mengenai kerajaan, mereka perlu membuka mulut dan bertanya, jangan hanya mendengar berita daripada sebelah pihak sahaja.“Tanya soalan kepada kerajaan, beri kritikan yang membina kerana itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi, malah kerajaan memang sentiasa mengalu-alukan suara dan pandangan dari generasi muda.” Kata Rahman Dahlan dalam program ‘Menteri Menjawab’ yang disiarkan secara langsung di RTM1 bertajuk ‘Patriotisme Generasi Muda’ pada Rabu malam.
Program tersebut di moderator oleh penceramah terkenal negara, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan turut diserikan dengan dua panelis muda, iaitu Parlimen Belia WPKL, Suhail Mohamed Kamarudin dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM), Fanitsyara Kam Phon.
Dalam pada itu, Rahman Dahlan memberitahu yang dalam masa terdekat ini Transformasi Kerajaan Tempatan akan dilancarkan.
Beliau berkata dengan kewujudan sistem kerajaan tempatan yang lebih efisyen ini, kerajaan melalui pihak berkuasa tempatan akan dapat membantu rakyat dengan lebih efektif.
“Saya cukup gembira tahun ini buat pertama kali saya dapat memujuk enam pihak berkuasa tempatan supaya menyiarkan perjalanan majlis ‘council meeting’ mereka secara langsung,
“Saya akan menyediakan bajet untuk kamera dan pembesar suara. Dengan cara itu rakyat akan dapat tahu dan faham apa yang dibincangkan dan bagaimana mereka hendak membelanja cukai-cukai yang dikutip di kawasan pembandaran tersebut.” Katanya.

Sumber: KLXpress

Tuesday 22 September 2015

Bila Matlamat Menghalalkan Cara




DALAM politik, segala kemungkinan boleh berlaku. Kawan menjadi lawan. Lawan menjadi kawan. Pendek kata, untuk mendapatkan kuasa, segalanya boleh berlaku. Janganlah terlalu mempercayai. Baiah pun dipermainkan. Inilah realiti politik, tidak kira di mana kita berada.

Terbaru, PKR telah mencuri beberapa pemimpin dan wakil rakyat Pas yang berpengaruh bagi mengukuhkan kedudukan kuasa mereka. Aneh! bukankah mereka lebih cenderung menyertai GHB atau PAN dari PKR sebelum ini? Sama-sama saksikan kehadiran mereka memberi kredit atau sebaliknya kepad PKR? Masalah dalaman PKR tidak kurang hebatnya. 

Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor, ditendang keluar dari PKR, ada ura-ura mengatakan beliau mahu memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Pas cepat-cepat mengeluarkan kenyataan menolak, hanya kerana mahu menjaga hati kawan, supaya tidak menjadi lawan.

Tidak semena-mena, bila tiba giliran PKR, sudahlah tidak beritahu Pas, malahan membuat kenyataan akhbar secara terang akan kemasukan kedua tokoh tersebut dalam parti mereka. Lebih dahsyat, diumumkan bersekali dengan jawatan penting dan strategik yang diberikan. Terdesak sangatkah?

Inilah politik rakus, apabila Islam tidak menjadi asas, matlamat menghalalkan cara. Nampaknya, apa yang dinyatakan oleh Machiavelli, lebih 500 tahun lalu menjadi kenyataan. Demi kuasa, manusia sanggup lakukan apa jua cara, sekalipun terpaksa menikam rakan sendiri. Orang agama juga tidak berkecuali. Saya dapat merasakannya.

Tidakkah mereka takut dengan syurga neraka? Bukankah perkara ini yang menjadi buah mulut dan dijajakan ketika ceramah. Kenapa mudah sangat kita bercakap tetapi tidak mengotakan?

Makna politik yang begitu suci, telah tercemar dan ternoda dengan tangan-tangan jahat manusia. Inilah perkara yang perlu ditangani demi mengembalikan semula kesucian politik itu.

Lebih pelik lagi ada yang berani mengeluarkan fatwa sendiri. Baiah yang disumpahi, mahu dilanggar sesuka hati. Bila terkena batang hidung, mereka pun berkata, serahkan pada ALLAH, syurga neraka bukan terletak di tangan Pas. Sedapnya mulut!

Dahulu ketika mahu bertanding atas tiket Pas, kenapa tidak dibangkitkan soal ini? Sekian lama kewujudan Pas, pimpinan silih berganti, baiah terus disepakati.

Tiba-tiba apabila mereka mahu keluar daripada Pas, dengan mudah mahu membatalkan baiah tersebut dengan hanya merujuk kepada seorang dua mufti yang dirasakan memihak kepada mereka.

Apakah ulama yang selama ini berada dalam Pas, ilmunya tidak setanding mufti pada hari ini? Apakah ilmu kalangan mereka yang masih hidup atau telah pergi, tidak setanding mufti Perlis misalnya? Siapakah ulama siku lutut? Saya masih tercari-cari.

Maka, benarlah kata Hans J. Morgenthau, apabila kebenaran mengancam kuasa, kuasa mengancam kebenaran, truth threatens power, and power threatens truth, maka segala cara akan dicari untuk menghalalkannya.

Inilah dilema Melayu. Mereka telah ditimpa masalah. Tetapi jalan keluar masih tidak dicari. Terus menyalahkan orang lain, hasil masalah yang dicipta sendiri.

Saya tidak nafikan orang lain turut menimbul dan memberikan masalah, seperti ultra kiasu.

Terbaru, gara-gara pilihan raya kampus, seorang pemimpin pelajar, 22 tahun, mengalami kecederaan selepas diserang menggunakan senjata tajam dan disimbah cat, dalam kawasan kampus sendiri. Apa sudah jadi dengan Melayu, kerana kuasa, sehingga dalam kampus pun mereka masih ‘tikam-menikam’.

Adakah troli yang disamak boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu?

Perhimpunan Baju Merah 16 September 2015 adalah perhimpunan Melayu. Seramai mana pun baju merah turun, sehingga menenggelamkan bandar raya Kuala Lumpur, ia masih belum meyakinkan saya kekuatan Melayu yang sebenar, kerana realitinya Melayu tidak kuat akibat perpecahan.

Jika sekadar mahu menunjukkan bilangan baju merah yang turun lebih ramai daripada kuning, memang tidak ada masalah. Kerahkan mereka turun, bagi bas dan sedikit habuan, melambak mereka turun. Apa yang kita dapat selepas itu?

Apa guna merah kelihatan banyak jika tidak bersatu, berbanding kuning yang lebih sedikit tetapi bersatu, realitinya? Kuning tidak akan takut kepada merah selagi merah tidak bersatu.

Air mata saya mengalir membaca kata-kata Musli Oli dalam Facebooknya. Saya hadir dua himpunan. Kuning dan Merah. Hasil pemerhatian, peserta Kuning ramai kalangan anak muda elit dan golongan profesional minum di Starbucks, makan di Subway dan Nandos.

Manakala peserta Merah ramai orang veteran parti yang sarapannya nasi dagang, nasi lemak dan ubi rebus. Mereka telah berjuang sekian lama pertahankan kerajaan tetapi cuma dapat tapak gerai untuk berniaga di bulan Ramadan. Sedih tengok pakcik dan makcik terhincut-hincut berarak dari PWTC. Saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Melayu, perjuangkanlah nasib mereka dengan ikhlas dan jujur kerana golongan ini sanggup bergadai nyawa dan harta pertahankan kuasa kamu.

*Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
INSPIRE/PPI, UniSZA


Sumber: Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/bila-matlamat-menghalalkan-cara-1.433313 

Wednesday 2 September 2015

BUKAN TITAH SULTAN JOHOR



KOTA ISKANDAR: Kerajaan Negeri menafikan kenyataan yang didakwa dititah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tersebar di laman sosial dan beranggapan ia sengaja dibuat bagi mengeruhkan hubungan baik di antara istana dan kerajaan.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau telah dititah oleh Sultan Ibrahim untuk menjelaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“Penyebaran di laman sosial di Facebook kononnya ia adalah titah daripada Tuanku Sultan Johor adalah tidak benar dan Tuanku tidak pernah menulis atau bertitah seperti itu,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata penyebaran kenyataan itu disifatkan sebagai satu tindakan berniat jahat pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan Sultan Johor dengan kerajaan.
Beliau berkata, Kerajaan Johor melalui Penasihat Undang-Undang Negeri akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan berkenaan.
“Kita akan lihat siapa yang menyebar dan memperluaskan perkara yang tidak betul ini dan kita akan rujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Wednesday 12 August 2015

Melayu Perlu Bertolak Ansur?


Sajak buat Rara




Melayu perlu lebih tolak ansur 
1/10 Melayu terkaya di Malaysia, Melayu perlu tolak ansur
Kerakyatan diberi kepada kaum lain, Melayu perlu lebih tolak ansur
Sekolah vernakular  dan bahasa ibunda boleh diamalkan tidak seperti di Indonesia , Melayu perlu lebih tolak ansur
Nenek moyang kita sudah lama bertolak ansur, Melayu perlu lebih bertolak ansur
Agama Islam dihina terang-terangan, melayu perlu lebih tolak ansur
Bendera dan lagu negara dihina, Melayu perlu bertolak ansur
Orang melayu paling banyak miskin dan gaji kaum terendah, Melayu perlu tolak ansur
Populasi Melayu 70%, ekonomi masih tak sampai 30%, melayu perlu lebih tolak ansur
Agama , budaya dan perayaan bebas dianuti kaum lain, Melayu perlu bertolak ansur
Semua kaum boleh berniaga , Melayu perlu lebih tolak ansur
Rumah ibadat agama lain dimerata tempat, melayu perlu lebih tolak ansur
IPTA IPTS PTPTN juga dinikmati kaum lain, Melayu perlu lebih bertolak ansur
Bekalan dan org tengah dimonopoli kaum lain, seringkali juga ditipu , Melayu perlu lebih bertolak ansur
Bercakap tentang hak orang Melayu dianggap rasis , Melayu perlu lebih tolak ansur
Semua kaum perlu bertolak ansur. negara ini dibina atas kesaksamaan bukan sama rata.Jika tidak jurang antara kaum akan terus melebar.
Bangsa Melayu dah lama berkongsi dan bertolak ansur sama sama menikmati kemakmuran di bumi Malaysia walaupun ditolak beransur ansur, mungkin melayu belum cukup bertolak ansur


Oleh : Iskandar, Anak Jati JOHOR

Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab @KhaledNordin

Khaled Nordin Cakap Tanpa Selindung Di Depan Najib Dengan Gaya Orang Johor

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin nampaknya tidak berselindung apabila menyentuh rasa hati dan perasaan orang Johor berhubung pelbagai isu dan kemelut yang sedang melanda kepimpinan dan negara buat masa ini walaupun di hadapan presiden partinya sendiri.


Tetapi beliau melakukannya dengan gaya orang Johor bak pepatah Laksamana Hang Tuah; "Menurut biar akal, menentang biar beradab."

Sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang pada pagi Ahad untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang yang diterajuinya, Khaled telah berpesan kepada para perwakilan supaya menjaga adab dan tertib mereka walau sebesar mana sekali pun mereka tidak puas hati dengan keputusan Najib untuk menguggurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga isu berkaitan 1MDB.

Mereka akur. Najib tiba dan disambut masuk ke dewan dengan tangan yang terbuka dan hati yang besar.

Dan Mohamed Khaled memulakan ucapan alu-aluannya dengan berkata, kesempatan untuk bertemu presiden parti sangat bermakna kerana dua sebab.

Pertama, ia berlaku dalam bulan Syawal iaitu bulan umat Islam meraikan rakan taulan dan memohon maaf zahir dan batin.

Yang kedua, kata Khaled, kehadiran Najib juga akan memberi peluang dan ruang yang terbaik untuk presiden Umno itu secara langsung mendengar suara hati rakyat Johor terutama pada ketika dan saat Umno itu sendiri sedang mendepani pelbagai cabaran.

Sudah tentulah Najib secara zahirnya tidak akan berpeluang mendengar apa yang bakal diucapkan para perwakilan kerana beliau hanya hadir untuk merasmikan persidangan ini sahaja.

Lepas itu beliau berangkat pulang. Jadi ucapan Khaled itulah yang dimaksudkan sebagai suara hati rakyat Johor. Khaled berucap mewakili suara hati rakyat Johor.

TANPA SEMBUNYI DAN BERSELINDUNG
Khaled tanpa sembunyi-sembunyi sebaliknya berterus terang menyentuh bagaimana isu-isu seperti 1MDB, Felda, GST, kejatuhan ringgit dan kos sara hidup yang tinggi sehinggalah kepada rombakan terbaru kabinet yang kebetulan melibatkan tokoh utama politik dari Johor, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi bualan ramai dan cabaran baru buat parti itu.

"Umno Pasir Gudang akan berkongsi perkara yang sebenar dengan sejujur-jujurnya bukan hanya perkara yang baik-baik dan manis sahaja. Kita tidak mahu menjadi mereka yang hanya menyampaikan perkara baik dan senyum di hadapan namun bercakap dan bertindak sebaliknya di belakang," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Khaled meneruskan ucapannya dengan berkata, beliau hanya ada beberapa perkara sahaja untuk disampai. Pertama ialah, pada ketika dan waktu ini, semua pendukung Umno harus berlaku benar iaitu mengakui bahawa parti tidak berada dalam kedudukan yang terbaik.

Pendukung Umno di Johor, katanya, berada dalam keadaan yang resah gelisah malah tidak kurang juga yang keliru. Dan bukan itu sahaja, rakyat kebanyakan juga tidak kurang kelirunya, skeptikal, pesimis dan mempersoalkan kewibawaan serta kredibiliti setiap penjelasan dan tindakan yang dibuat oleh Umno dan pucuk pimpinannya.

Apa jua penjelasan dilihat sebagai tidak memadamkan rasa gelisah dan gundah gulana itu malah semakin mengelirukan, tegas Khaled dan semua masalah itu sekarang mula membebani parti berkenaan.

"Dan ia membebani Umno pada saat Umno berhadapan dengan pelbagai masalah lain. Pada saat Umno tidak sekuat dahulu. Pada saat Umno cuba untuk memulihkan dirinya agar menjadi relevan dengan generasi muda.

Dan pada saat Umno sedang berhempas pulas mencari jalan terbaik bagi mendepani demokrasi Malaysia yang semakin matang, " ujar menteri besar itu lagi.Oleh kerana itulah katanya, Umno memerlukan pencerahan dan jalan ke hadapan kepada segala kemelut dan krisis ini.

YANG TERBAIK
Umno Johor jelasnya lagi menyatakan sokongan mereka kepada Najib sebulat suara kerana mahukan semua kemelut ini diselesaikan dengan cara yang telus dan terbaik serta diselesaikan dengan cara mengangkat keadilan dan kebenaran, tidak lebih dari itu.

Najib yang mendengarnya, mengangguk lebih-lebih lagi apabila Khaled berkata Umno Pasir Gudang mengambil pendirian bahawa ruang dan masa mesti diberi kepada pucuk pimpinan untuk perkara ini dirungkaikan dan atas sebab itulah Umno Johor mengalu-alukan dan menghargai janji presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan 1MDB dalam masa enam bulan "dan kami percaya yang ia (janji tersebut) akan tercapai."

Sementara itu, kata Khaled, "kami di Pasir Gudang mengajak semua pihak mendengar segala pandangan akar umbi dengan sabar dan semua mesti diberi ruang untuk menyatakan isi hati mereka walaupun ada yang kritikal, ada yang keras dan ada yang meragukan. Tapi apa daya yang ada pada kita untuk menghalang ini semua."

Kemudian Khaled menambah bahawa pentas politik Malaysia sudah berubah dan perubahan itu berlaku dengan luar biasa sekali. Kita katanya tidak boleh menidakkan sesiapa jua daripada bersuara kerana itu adalah fitrah manusia dan kerana itu juga jiwa demokrasi."

Kebebasan menyatakan pendirian, pandangan dan idea adalah fitrah yang azali. Dan ia bukan sekadar fitrah dan Umno juga budayanya bukan feudal. Parti kita membangun, kuat dan perkasa kerana kita meraikan kepelbagaian pandangan dan rasa. Pada waktu yang sama, Umno sehari demi sehari bergerak menjadi parti siasah moden dan mendukung prinsip pemikiran yang maju.

KEYAKINAN TERHADAP UMNO MAKIN PUDAR
"Tutuplah ruang formal untuk bersuara pasti akan dicari ruang lain untuk mereka menyatakan rasa dan pandangan mereka. Dan dalam kebanyakan keadaan, mereka akan menemui ruang alternatif malah lebih berpengaruh, lebih kuat dan lebih berkesan.

"Terutama di kawasan seperi Pasir Gudang ini kami berhadapan dengan ahli dan pengundi yang urban dan yang sofistikated yang mengambil pusing keadaan di sekeliling mereka. "

Oleh itu, saban hari kami dapat merasakan keyakinan terhadap Umno semakin pudar bukan sahaja daripada rakyat tetapi dari ahli sendiri. Mereka mula radikal dalam soalan dan reaksi mereka. Mereka mula menunjukkan rasa dingin dengan apa jua penjelasan yang kita berikan," ujar Khaled berterus terang di hadapan Najib.

Kerana itu tambahnya, Umno harus mendengar dengan sabar kerana jika Umno mendengar Umno akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam.

Dan Khaled memberi ingatan, Umno tidak harus lupa yang mereka memerintah di zaman generasi baru menguasai keadaan. Zaman ini, katanya, adalah zaman generasi pelapis dan jika Umno mendengar serta mengambil ikhtibar daripada apa yang mereka dengar, sekurang-kurangnya Umno akan bersama generasi ini mencorakkan perjalanan masa depan mereka.

TENTANG NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN
Khaled turut berterus terang mengenai kepimpinan parti. Beliau menegaskan yang Umno Johor mengambil pendirian dan ketetapan bahawa Umno hanya perlu ada satu nakhoda iaitu presiden parti dan "kita harus memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi bahtera ini."

"Justeru kerana itu, bila Tan Sri Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, Umno Johor mengambil pendirian untuk menghormati keputusan perdana menteri kerana Umno Johor mengambil ketetapan bahawa urusan kerajaan adalah budi bicara mutlak seorang perdana menteri. Ia mesti dihormati dan didokong walau pun pada hakikatnya ada di kalangan kami yang terluka."

Dan ini beliau tegaskan tanpa berselindung di hadapan Najib bahawa "hormat kami tidak akan berkurang kepada timbalan presiden."

Cara Johor, kata Khaled ialah mendamaikan dan mengajak semua pihak ke arah permuafakatan kerana semuanya adalah bahagian penting dalam keluarga besar Umno.Kerana itulah, tegas beliau lagi, Umno Johor menyeru agar timbalan presiden terus dihormati.

"Mana mungkin kami akan membelakangkan beliau hanya kerana beliau sudah bukan lagi timbalan perdana menteri. Persahabatan kami bukan kerana darjat bukan kerana pangkat bukan kerana gelaran dan sama sekali bukan sekadar upacara dan martabat.

"Kepada Tan Sri Muhyiddin harapan kami ialah semoga dapat terus bersama mendokong perjuangan Umno, memperbaiki bangsa," katanya.

Ketika ini beliau menerima tepukan yang paling gemuruh daripada para perwakilan dan ada yang bangun sambil memberikan tepukan dan sorakan kepada beliau.

Beliau menyambung ucapannya dengan berkata; "Datuk Seri, sebenarnya tiada apa yang kami di Umno Johor dambakan melainkan untuk melihat penyelesaian, melainkan untuk melihat perdamaian dan melainkan untuk melihat kembalinya keyakinan bahawa dalam Umno ini masih ada perjuangan yang harus diteruskan, untuk bangsa Melayu, untuk rakyat Malaysia dan untuk agama Islam, tidak lebih dari itu."

Sumber Oleh: ROZAID A. RAHMANMSTAR

Sunday 9 August 2015

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana.



Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana.

Kau ini bagaimana..
Kau bilang aku merdeka kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berfikir Aku berfikir kau tuduh aku kafir
Aku harus bagaimana…
Kau suruh aku bergeraklah Aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah
Aku diam saja kau waspadai

Kau ini bagaimana...
Kau suruh aku memegang prinsip
Aku memegang prinsip Kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran Aku toleran kau bilang aku plin-plan

Aku harus bagaimana…
Kau suruh aku maju Aku maju kau serimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja Aku bekerja kau ganggu aku

Kau ini bagaimana...
Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu Langkahmu tak jelas arahnya
Aku harus bagaimana..

Aku kau suruh menghormati hukum, Kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, Kau mencontohkan yang lain
Kau ini bagaimana...

Kau bilang Tuhan sangat dekat
Kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, Kau ajak aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana...
Aku kau suruh membangun, Aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, Aku menabung kau menghabiskannya
Kau ini bagaimana...

Kau suruh aku menggarap sawah, Sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, Aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah

Aku harus bagaimana...
Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggungjawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bis Showab

Kau ini bagaimana..
Aku kau suruh jujur, Aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, Aku sabar kau injak tengkukku

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, Sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, Aku sapa saja kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana..
Kau bilang bicaralah, Aku bicara kau bilang aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, Aku bungkam kau tuduh aku apatis
Aku harus bagaimana...

Kau bilang kritiklah, Aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya
Aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja

Kau ini bagaimana..
Aku bilang terserah kau, Kau tak mau
Aku bilang terserah kita, Kau tak suka
Aku bilang terserah aku, Kau memakiku
Kau ini bagaimana, Atau aku harus bagaimana...

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=Fyda2AWaI4Q

UMNO harus jadi parti Moden - Dato @KhaledNordin

UCAPAN YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN 
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO JOHOR 
SEMASA PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SEMBRONG



1. Kita berhimpun ketika UMNO berada dalam kedudukan yang tidak begitu baik. UMNO berada dalam kedudukan yang wibawanya sebagai sebuah pemerintahan semakin dipersoalkan.kita harus mencari pencerahan. Kita harus mengukuhkan semula keyakinan terhadap UMNO agar ia boleh berkelansungan. Dan di medan seperti inilah seharusnya perjalanan hari muka parti, dibahaskan dengan tulus dan benar.


UMNO HARUS MENJADI PARTI MODEN
2. Pertama, apa jua kemelut, apa jua masalah yang mendepani parti, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa perjuangan UMNO itu lebih besar. Lebih penting.UMNO sinonim sebagai parti pembela bangsa. Parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Parti yang memayungi bangsa dan agama.


3. Benar kita tersentak dengan semua ini. Benar kita berdukacita. Tetapi perjuangan kita untuk orang Melayu dan membina negara, menuntut kita mengenepikan segala gundah gulana ini. Jangan sesekali kita lupa bahawa seumur masa, UMNO telah memberikan amal dan bakti yang sangat luar biasa pada orang Melayu dan Islam. Selama 6 dekad, UMNO berjaya menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan baik.UMNO telah menjadi institusi politik yang ‘sosphiticated’ dan dianggotai oleh putera-puteri terbaik bangsa.


4. Ramai yang tidak melihat UMNO sebagi sebuah perjuangan. Ramai yang melihat UMNO sebagai medan untuk mengumpul kuasa dan pengaruh. Malah ramai ahli yang langsung tidak tahu, ideologi apa sebenarnya UMNO ini. UMNO harus dikembalikan kepada landasan perjuangan nya. Iaitu melakukan kebaikan untuk bangsa dan agama.


5. Cabaran paling besar ialah bagaimana ideologi UMNO itu boleh terus relevan dengan tuntuzan zaman yang deras berubah.Kerana itulah, saya ingin menyeru semua ahli UMNO untuk mendukung usaha UMNO Johor menjadikan parti ini, sebuah institusi siasah Melayu yang moden dan berkemajuan.Sebabnya mudah. Kerana ia adalah tuntutan zaman.Kita hidup, memerintah dan berkuasa di zaman yang bukan lagi zaman kita. Ini adalah zaman generasi muda Malaysia.


6. Kemahuan anak muda dalam hidup dan cara mereka melihat politik dan masa depan juga sangat berbeza. Mereka tidak lagi boleh dimomokkan dengan retorik nilai kemerdekaan dan tanggungjawab mengisinya. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak memahami perjuangan orang Melayu. Tidak bermakna mereka tidak cintakan bangsa Melayu. Dan pastinya tidak bermakna mereka tidak menyokong dan tidak mahu meneruskan legasi orang Melayu. Cuma, mereka hari ini melihat diri mereka sebagai pemain global yang mempunyai misi yang lebih besar. Mereka percaya mereka ada tanggungjawab dalam segala perkara. Dalam memastikan pembangunan ekonomi negara adalah setanding negara maju. Malah mereka percaya ia menjadi tugas mereka untuk melihat Malaysia menjadi watak utama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai isu kemanusiaan.Berdiam diri dan meminggirkan mereka sama sekali bukan pilihan kita. Mendiamkan mereka dan menyekat kreativiti mereka, adalah jalan kehancuran untuk UMNO.


FOKUS KINI PADA PENYATUPADUAN DAN MASA DEPAN
7. Kami sedar, kesemua agenda ini hanya akan menjadi realiti jika kerajaan kita stabil, jika parti kita kuat, jika kita diyakini.Malangnya, pada waktu ini, pada ketika ini, kita harus berlaku benar. Mengakui bahawa parti, pada detik ini tidak berada dalam kedudukan yang sebaiknya. UMNO memerlukan harapan baru. UMNO perlu menyelesaikan segala kemelutnya segera. Kita tidak boleh lagi menunggu lama. Semakin kita biarkan semakin membarah segala masalah tersebut dalam UMNO.


8. Tiada pelan B untuk UMNO kecuali kembali bersatu semua hati-hati kita untuk mempertingkatkan segala usaha dan ikhtiar, untuk mendesak kepimpinan parti memyatakan dengan jelas jalan kehadapan untuk UMNO. Ini bukan persoalan enteng. Ini adalah tentang kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam.


KEWIBAWAAN KEPIMPINAN NAIB PRESIDEN
9. Datuk Hisham, Saudara adalah masa depan UMNO. Orang seperti tuanlah yang suatu hari nanti akan memimpin parti, bangsa dan negara ini. Saya percaya yang saya sedang melihat calon dan sosok terbaik untuk menerajui kepimpinan tertinggi negara suatu waktu nanti, mengembalikan keyakinan kepada parti dan membawa perubahan, meneruskan legasi dan asas perjuangan UMNO yang murni dan besar. calon yang telah melalui setiap peringkat dan metamorforsis pemimpin UMNO.Yang pernah berada di bawah dan memahami akar umbi. Datuk Seri bukan pemimpin yang terjun dari atas dan terus memegang jawatan tinggi. Bukan pemimpin yang datang tanpa pernah memahami keluh kesah akar umbi. Lahir dr keluarga yang sangat berjaya pada bangsa. berikanlah kepimpinan dikala bangsa dan negara sangat dahagakan pencerahan. Runtuhnya UMNO dimana tempat orang Melayu berpaut. saya dan seluruh UMNO Johor akan terus menyokong serta mendoakan agar YB Datuk Seri, akan terus melakukan perkara yang benar untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk ibu pertiwi.


Lakukan apa jua ikhtiar untuk mengembalikan hari hari indah UMNO. Lakukanlah apa jua usaha agar UMNO terus semarak mekar dan indah, tersemat di jiwa setiap seorang bangsa Melayu. Kami sangat merindui UMNO sewaktu masa gemilangnya dulu. Masa bila kita sangat kukuh, sangat berbakti dan sangat dihormati.


Jika bukan tuan, satria mana lagi yang akan kami harapkan? Bila lagi, jika bukan sekarang? Johor sudah lama melahirkan UMNO, parti keramat ini. Johor juga sudah melahirkan begitu ramai tokoh pendiri bangsa. Dan kami yakin, Johor tidak pernah akan ketandusan melahirkan pemimpin terbaik bangsa jua.


Dari Semberong ke Putrajaya
Menggalas amanah bangsa tersohor
Parti disanjung perjuangan dibela
Mengangkat darjat UMNO Johor

Tenang tenang sungai sembrong
Jangan diduga air nan tohor
Manalah melayu nak berpayung
Jika UMNO jatuh tersungkur

Tuesday 2 June 2015

Jelas Niat Jahat Mereka

Beberapa laman hari ini mendedahkan agenda jahat dan ganas pelampau evangelis Kristian cuba memprovokasi untuk menjadikan Johor untuk Jesus dengan tersebarnya video promosi program mereka yang penuh dengan ayat-ayat hasutan serta berbaur keganasan. –Pelampau Kristian Semakin Mengganas? Ingin Merampas Tanah Melayu?
Selepas pendedahan dibuat, kita dapati beberapa video promosi agenda jahat mereka telah pun dibuang dari alam maya. Namun, hasil kecekapan sahabat-sahabat yang sentiasa peka dengan agenda musuh ini maka video-video tersebut sempat dimuat turun.
Berikut saya sertakan beberapa petikan skrin dari salah satu video tersebut yang berdurasi 59 saat.
1. Video yang memberi gambaran mahu merampas tanah Johor Bahru – seolah-olah mereka mahu rampas dan kuasai bumi Johor tersebut
Johor4Jesus1
2. Apabila berjaya mereka rampas Johor ini, mereka katakan Johor tidak akan lagi sama dengan sekarang. Apakah kerana mereka telah Berjaya murtadkan semua orang Melayu Islam di negeri Johor?
Johor4Jesus2
3. Mereka akan menghalau kita semua? Mereka bertekad untuk halau musuh mereka. Siapa musuh mereka? Kita orang Melayu Islam?
Johor4Jesus3
4. Mereka mahu jadikan Johor untuk Jesus. Mereka mahu jadikan Johor untuk Kristian.
Johor4Jesus4
5. Apakah mereka sanggup mati untuk jadikan Johor negeri Kristian?
Johor4Jesus5
6. Kenapa mereka telah buang video promosi agenda jahat mereka selepas ianya didedahkan? Apa yang mahu mereka sembunyikan
Johor4Jesus6
Kita seru agar pihak berkuasa memantau serta menyiasat agenda jahat musuh Islam. Apakah ini agenda dari anasir-anasir luar? Yang mempunyai hubungan dengan kuasa luar yang mahu melakukan kekacauan dan keganasan di Tanah Melayu ini? Pihak berkuasa MESTI menyekat kemasukan anasir-anasir yang mahu melakukan kacau bilau di Tanah Air kita yang aman ini. Tangkap dan halau mereka dari memijak di bumi ini.
Ya Allah
Selamatkanlah Tanah Melayu ini
Selamatkanlah aqidah anak cucu kami
Hancurkanlah mereka yang memusuhi Islam, mereka yang dari Yahudi dan Nasara
AlBaqarah120
************

Sumber: akariomar.wordpress.com

Tuesday 19 May 2015

Sadis! Mayat Tanpa Kepala Ditemui

JOHOR BAHRU: Sadis! Mayat bayi tanpa kepala ditemui dengan bahagian badannya dikerat 15 ditemui dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai.


Mayat bayi malang itu disedari oleh beberapa pekerja syarikat kontraktor yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman memaklumkan pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang berhubung kejadian itu.

"Ketika sedang menjalankan kerja pembersihan, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan di perangkap sampah. 


"Setakat ini kita mempunyai 15 keratan badan dipercayai bayi, manakala kepalanya belum ditemui," katanya yang dipetik dari BH Online.

Sumber: BN Online

Komitmen JCorp Membantu Rakyat

Sepanjang 2014, Jcorp telah memberi komitmen kepada kerajaan negeri Johor antaranya menyediakan 8,000 unit rumah mampu milik melalui Johor Land Berhad.



Jcorp juga melaksanakan lebih banyak program keusahawanan termasuk melancarkan Program Agropreneur Lembu Satelit dan Skim Perlesenan Korporat Pengurus Outlet Kedai Ayamas selain keusahawanan sosial menerusi penubuhan dua Pusat Jahitan Waqaf Komuniti kendalian Waqaf An-Nur Corporation Berhad

Dari aspek meningkatkan keselesaan pengguna pengangkutan awam dan pasar awam, JCorp melalui syarikat dalam kumpulannya, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) telah menaiktaraf kemudahan di Terminal Larkin Sental melibatkan kos hampir RM24 juta. Ini merupakan sebahagian daripada kos pelan naiktaraf keseluruhan bagi tempoh 2014-2017 yang dijangka bakal menelan belanja sehingga RM40 juta.

Dalam melunaskan tanggungjawab korporat, peringkat Kumpulan membelanjakan RM107.6 juta sepanjang 2014 bagi membiayai pelbagai program kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan dan sukan serta mempromosi keusahawanan di kalangan generasi muda. Antara program yang dilaksanakan ialah Projek Tuisyen JCorp melibatkan 1,119 murid calon UPSR dari 22 sekolah melibatkan RM1.3 juta serta meneruskan program Waqaf Dana Niaga yang menyaksikan 292 peserta dibantu dengan peruntukan RM526,800 sepanjang tahun lalu.

Wednesday 13 May 2015

Bila TGNA sudah tiada.....

Jika bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, tiada pemimpin parti itu yang berani membawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang ke Kelantan untuk berceramah menolak hudud.


Demikian tulisan AJK Pas Pusat yang juga anak Nik Aziz, Nik Muhamad Abduh di laman Facebooknya, semalam yang melahirkan kekecewaan atas tindakan Pas Kota Bharu mengundang pemimpin DAP itu ke kawasan tersebut.

“Mereka kata, sejak Pas kehilangan TGNA rahimahullah, Pas berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin Pas yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum ALLAH.

“Semoga ALLAH mengukuhkan istiqamah ahli Pas seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui Tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,” katanya.

Menurut laporan, Kit Siang ke Kota Bharu atas jemputan Pas Kota Bharu malam Ahad lalu dan majlis itu turut dihadiri beberapa pimpinan lain PR, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Melalui ucapannya, Kit Siang memberitahu hadirin bahawa beliau bukan anti Islam tapi tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.


Malah beliau memberitahu telah melawat beberapa negara Timur Tengah dengan beberapa pemimpin DAP dan mendapati Jordon dan Mesir tidak melaksanakan hudud.

Sementara itu, Pemuda Pas Gombak hari ini mengeluarkan kenyataan menuntut Pas Kota Bharu bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Saya mendengar dengan teliti ucapan Lim Kit Siang dalam ceramah pada 10 Mei. Ia satu ucapan biadap dengan mempertikaikan hasrat Kelantan untuk melaksanakan suara majoirit rakyat Kelantan yang mahu pelaksanaan jenayah syariah Islam berjalan.

“Usaha Tuan Guru dihina oleh pimpinan Pas Kota Bharu dengan menjemput Lim Kit Siang yang ternyata konsisten menghentam hudud sejak sekian lama atas alasan mahu memperkukuh PR dan menghancurkan BN. Sekarang sudah jelas siapa kawan siapa lawan dan siapa musuh dalam selimut,” kata ketuanya, Dr Mohd Nor Husin.


Malah katanya, Pas Kota Bharu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan dan pendukung perjuangan Pas atas tindakan tersebut.

Monday 11 May 2015

Tabah Rizab Melayu Terus Bertambah.


image



Rekod terkini pada 30 April 2015, keluasan tanah rezab melayu berjumlah 554,924.620 hektar, atau 29.2 peratus. Ini merupakan pertambahan sebanyak 122,766.890 hektar ataupun 6.4 peratus .


Peningkatan ketara 6.4 % daripada keluasan Johor dalam masa tidak sampai setahun berbanding peningkatan 14.8% sejak merdeka sehingga September 2014 menunjukkan bukti kukuh janji Kerajaan Johor bukan saja mempertahankan malah meningkatkan tanah rizab Melayu. Ini iltizam saya selagi saya menjadi MB Johor.




Wednesday 11 February 2015

Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara



Ucapan penuh perutusan khas Perdana Menteri tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara:

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan.  Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.


3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.


4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akanmengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.


6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.


7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure the development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.


9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Iatelah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.


10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.


11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.


12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.


13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.


14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan


15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar tersebut di antara 3 hingga 3.8 peratus.


16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.


17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini,mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.


18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.


19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?


20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.


21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah   bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akanmengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.


29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit.  Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akanmeningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global.  Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutama bagi produk elektrik dan elektronik.

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera dan polis.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 diumumkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan telah menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015 tersebut, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras defisit, akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memerlukan Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akanberkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan oleh kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform and consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak benar.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkiraan ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding  pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.  Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport  serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:


Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akandilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS serta perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan  perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akandisediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akantetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akanmembentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Wabillahiitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Terima kasih.