Sunday 29 June 2014

Ramadhan datang lagi


Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin




Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna. In sha Allah..

Monday 9 June 2014

Jangan Komen Kalau Jahil ~ Prof Datuk Dr Ramlah

Isu Sultan Johor: Jangan komen kalau jahil
Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam 

Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam meminta mereka yang kurang arif mengenai undang-undang negeri dan institusi beraja menghentikan komen kerana ia akan menimbulkan kontroversi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).


Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

“Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.

Ramlah turut memaklumkan, dalam pentadbiran negeri, menteri besar boleh menasihati sultan, tetapi sultan sebagai pemerintah, berkuasa mutlak dalam menentukan apa juga rang undang-undang yang bakal digubal.

“Semua undang-undang yang ditubuhkan perlulah dirujuk kepada sultan terlebih dahulu, contohnya isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun di negeri Perak, dilakukan tanpa pengetahuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tanpa menunggu keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dan masalah ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

“Tanah terletak di bawah hak negeri, bukannya persekutuan, dan kini Sultan Ibrahim sedar, selepas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura. Itu salah siapa?” katanya.

Menurutnya, selaku pelindung rakyat, Sultan Ibrahim berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri.
“Saya rasa bukan niat Sultan Ibrahim nak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri, tetapi baginda nak mengawal harga perumahan, sekaligus membantu rakyat di negerinya berpeluang membeli rumah, kerana rata-rata rakyat Johor berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Jelasnya, sebagai Sultan Johor, baginda sendiri melihat tanah di negerinya dibeli rakyat Singapura dan menyebabkan rakyat tempatan terpinggir.

“Bila ada kuasa sultan, perkara itu boleh dilakukan. Sultan memang tidak mentadbir, tetapi baginda berkuasa untuk menentukan lembaga pengarah sebagai penyelaras negeri dan pelindung rakyat. Buat apa baginda nak mentadbir, kerana baginda merupakan ketua negeri Johor,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai komen pelbagai pihak berhubung isu berkenaan, Ramlah khuatir ia akan menimbulkan kontroversi.

“Kebanyakan tokoh politik, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah negarawan, tidak mempunyai kepakaran untuk menyentuh isu ini, kerana walaupun mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka bukanlah pakar dalam bidang Perlembagaan Negeri.

“Sultan memerintah mengikut peruntukan perlembagaan negeri masing-masing, tetapi kenapa isu ini masih lagi timbul? Apakah akta yang ingin diusulkan Isnin hadapan dalam sidang DUN bertentangan dengan akta Persekutuan dan Negeri? Saya rasa ia tidak bertentangan sama sekali.

“Apa yang Sultan Ibrahim cuba lakukan adalah untuk memberi penjelasan lebih tepat dalam pelantikan lembaga pengarah dan LPHJ bukanlah pejabat tanah, tetapi lembaga ini berada di atas pejabat tanah bagi memantau Majlis Mesyuarat Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Ramlah menasihati orang Melayu di Johor supaya tidak bergaduh dengan sultan sendiri, kerana akibatnya orang lain yang bakal bertepuk tangan.

Demi Tanah Airku Johor Yang Tercinta : Ia adalah Untuk Rakyat, Demi Rakyat, Bagi Rakyat!

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.




Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.


Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.


Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.


Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.


Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.


Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh. Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana

Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

  


Mungkin hujah yg dikemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri. Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan

Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!


Monday 2 June 2014

Suara Hati Johor : Pemacu Transformasi Pentadbiran Kerajaan Negeri

Pelan Suara Hati Johor yang saya lancarkan pada Sabtu merupakan pemacu transformasi pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan usahanya menangani segala permasalahan rakyat masa kini dalam usaha memastikan pentadbiran negeri ini dilaksanakan mengikut dasar dan program yang selari dengan kehendak sebenar rakyat.


Pelan ini merupakan satu pelan pencapaian yang berlandaskan permantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani tuntutan semasa rakyat sekaligus menjurus ke arah pembangunan negeri yang mapan secara berterusan sehingga tahun 2018. Budaya dipacu prestasi akan terus menjadi budaya baru dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan semua projek dan program mempunyai sasaran yang boleh diukur.

Tidak ada lagi retorik, omongan politik dan pembangunan kosong, semua projek dan program akan melalui proses penilaian

Kita buka ruang untuk rakyat Johor menyatakan apa yang mereka perlukan. Kita perhalusi setiap cadangan dengan tekun. Kita bincang bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan dalam konteks pembangunan mengikut acuan kita

Setiap exco yang bertanggungjawab diberikan petunjuk prestasi tahunan sebagai sasaran untuk dicapai. Mereka kemudiannya akan dipantau dan diukur prestasi masing-masing menggunakan indeks dikenali sebagai Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) oleh badan bebas yang dilantik.


Tujuh fokus itu adalah meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan perumahan mampu milik, menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur, memartabatkan agama Islam, menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

Fokus pertama membabitkan keselamatan selepas semua rakyat menyatakan keprihatinan terhadap keselamatan kerana masing-masing mendambakan Johor yang bebas jenayah.Rakyat mahukan keadaan keselamatan dipertingkatkan dan saya berjanji akan meletakkan keselamatan negeri di atas segala-galanya.

Fokus kedua pula mengenai pertumbuhan ekonomi yang mapan secara adil kerana rakyat mahukan pekerjaan dan bukan ihsan, malah memerlukan kehidupan lebih bermaruah dengan pendapatan yang membolehkan mereka berdikari.

Ketiga pula membabitkan tempat berlindung sebagai hak asasi yang mana memiliki rumah bukan lagi keperluan, tetapi hak yang mesti mampu dimilikiSaya memahami betapa peritnya untuk melihat sektor perumahan tumbuh dengan pesat, tetapi tujuannya untuk ditawarkan kepada warga asing dengan harga yang amat luar biasa tingginya.

Keempat pula mengenai kos kehidupan di Johor yang diharapkan lebih munasabah dan sesuai dengan pendapatan.Rakyat merasa terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan dan perlu ditangani

Ramai yang merasakan kemudahan awam Johor jauh dari memuaskan, sedangkan Johor yang maju dan moden mesti mempunyai prasarana setara negara maju sebagai perkara asasi sebagai fokus kelima.

Kemudahan kesihatan yang baik dan bermutu tinggi menjadi fokus keenam kerana rakyat bukan sahaja memerlukan kemudahan kesihatan yang mudah didapati, malah kepakaran yang terbaik.


Akhirnya, di sebalik semua keperluan material dan asasi, rakyat juga mahukan pemerintahan dan masyarakat Johor yang Islamik serta berpegang kepada agama dan nilai. Semua ini adalah hasrat sebenar rakyat Johor. Ia adalah setulusnya suara hati rakyat Johor, tetapi saya tidak boleh hanya menjadi pendengar yang baik sahaja.

Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran negeri mesti respons secara objektif, praktikal, terancang dan mempunyai impak kepada tujuh fokus utama ini.
 
#MuafakatJohor
#SuaraHatiJohor

Tiada DNA Babi dikesan dalam Cadbury??



BANGI - [DIKEMASINI] Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.


Sumber: Sinar Harian

Ibu Dyana Perlu DIPECAT Keahlian UMNO!! Desakan Blogger BN 1 Malaysia @NajibRazak

Suara hati blogger pro UMNO mendesak Yummy (ibu calon DAP Teluk Intan) dipecat.

"Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.
Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.
Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.
Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .
Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.
1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo
Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.
Sama-sama kita mendoakan agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat."