Friday 4 May 2012

Kuasa Pemikiran POSITIF!!

Tidak seperti makhluk yang lain, manusia memiliki kuasa unik yang tiada batasannya, yang luar biasa, dan tidak dapat diambil oleh orang lain. Ia adalah kuasa besar di bawah kawalan manusia. Ia juga adalah kuasa yang menentukan kedudukan sesebuah tamadun bangsa, tahap kemajuan, dan kemakmuran – itu adalah kuasa berfikir.

Yang paling hebat adalah kuasa pemikiran positif. Ia membuka pintu untuk pencapaian, kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran. Kualiti pemikiran anda menentukan kualiti sikap, disiplin dan tindakan anda. Pemikiran adalah benda. Pencapaian atau kegagalan timbul dari pemikiran. Apa yang kita fikirkan; terhasillah buah fikiran. Kekayaan dan kegembiraan atau kesedihan bermula dalam minda. Dengan itu, buah fikiran menentukan kemenjadian anda dan kualiti kehidupan anda.

Dr. Joyce Brothers berkata, “Kejayaan adalah pernyataan pemikiran. Jika anda ingin berjaya, mulalah dengan berfikir diri anda adalah yang berjaya.”

Apabila anda mengawal pemikiran anda, anda juga mengawal perasaan, sikap dan tindakan anda. Pemikiran positif akan membawa kepada sikap positif yang akan membuatkan anda individu yang berkualiti. Pemikiran positif membawa impak yang besar dalam kehidupan kita, dan sentiasa membuahkan hasil yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, kehidupan anda bukanlah dinilai dari apa yang anda fikirkan, impian, dan perancangan. Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan perancangan; ia dinilai dari apa yang anda capai.

Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Kehidupan sememangnya sukar dan sentiasa menghadapi suka dan duka. Semua orang menghadapi situasi yang sama. Tetapi cara pemikiran yang menentukan sama ada kita dapat menguasai kehidupan.

Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak menasihatinya dengan, ‘lupakan saja’, ‘masa akan mengubati’ – ini adalah nasihat yang menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, ‘Fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah.”

Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk menanganinya secara positif.
Terdapat peluang dan kesukaran dalam menjalani kehidupan. Namun, terdapat juga perbezaan antara yang melihat peluang secara optimistik dan sebaliknya – pesimis.

Menurut Dr. Walter Staples, seorang yang optimistik adalah orang yang menjangkakan dan melihat kebaikan dari semua segi. Mereka melihat kesukaran sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat dalam kehidupan.

Menurut beliau lagi, orang yang pesimis adalah orang yang menjangkakan keburukan yang bakal ditemui dalam kehidupan. Orang yang begini lebih banyak fokus kepada apa yang salah, dan lupa tentang ada yang benar selain dari salah.

Pemikiran positif membuatkan anda lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat anda dan menghilangkan harapan anda, menjadikan anda tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang.
Sumber: www.aliqassem.com

No comments:

Post a Comment